LIFESTYLE
Jangan Ambil Mudah Jika Tercekik Tulang! Ini Yang Anda Perlu Lakukan
Pernah tercekik tulang ikan? Dalam seumur hidup anda pasti pernah mengalaminya bukan? Begitu jugalah penulis, malah situasi pernah saya alami agak teruk hingga terpaksa membuat check up di hospital.
Secara jujurnya jika kita mengalami masalah ini perkara pertama dilakukan pastinya menggumpal nasi dan telan, dengan harapan tulang ikan akan ditolak masuk. Itu antara kaedah diajar orang tua kita.
Ada juga yang mendakwa tulang ikan akan reput dengan sendiri jika dibiarkan beberapa hari. (Bagi kes saya tidak)
Jadi mana yang betul? Jika anda yang tertanya mitos tercekik tulang ikan ini, anda patut ikuti perkongsian Doktor Mohd Shaiful Nizam ini.
#1 JANGAN PANIK
via GIPHY
Menurut Beliau, kes terlekat tulang ikan sangat normal dijumpai. Makanya tidak perlu malu untuk datang berjumpa Doktor bagi mendapatkan rawatan terperinci.
#2 GEJALA YANG DIRASAI
via GIPHY
Antara gejala tercekik tulang termasuklah terrasa mencucuk-cucuk seperti jarum setiap kali menelan (hampir pasti tulang tersangkut), sakit atau susah hendak menelan walaupun air liur sendiri.
Lebih teruk lagi apabila lehe membengkak diikuti demam panas ( jika sudah teruk dan kemungkinan ada komplikasi).
Segera ke Hospital terdekat. Jika tulang itu hanya tersangkut di kawasan tonsil dan nampak, kebiasaanya dapat dikeluarkan oleh Doktor tanpa perlu rujukan ke Hospital Pakar ENT.
#3 RAWATAN

Jika tidak nampak, anda akan dirujuk kepada Hosp Pakar ENT.
#4 RAWATAN PAKAR
via GIPHY
Kebiasaannnya rawatan dilakukan menerusi Xray tekak dan pemeriksaan laryngoskopi akan dibuat. Proses mengeluarkan tulang biasanya dilakukan di klinik sahaja jika nampak.
Andai tidak juga nampak, tapi masih ada gejalanya, anda akan diaturkan untuk ke dewan bedah untuk ujian esophagoskopi.
#5 PETUA?
via GIPHY
Ini aspek paling menarik yang disentuh. Adakah boleh dipercayai segala petua ini?
Menurut doktor ini jika kesemua petua sudah dilakukan termasuklah kepal nasi, makan pisang, campur garam dan lain-lain, makah segeralah ke hospital.
Bagaimanapun jangan sesekali gunakan jari anda untuk korek tulang kerana berisiko untuk tambah kecederaan dan tulang tertanam ke dalam tisu tekak.
#6 KOMPLIKASI
Andai dibiarkan sakit berpanjangan,komplikasi teruk ialah Jangkitan kuman seterusnya menyebabkan Nanah di kawasan farinks menyebabkan pembengkakan saluran pernafasan (Retropharyngeal abscess).Inilah yang terjadi pada penulis. Tulang ikan sudah tidak kelihatan menerusi Xray, namun terdapat kesan pada tisu tekak. Saya terpaksa mengambil antibiotik dan kembali pulih dalam tempoh satu minggu.
Must-Watch Video