Siapa sangka ketika sedang bercuti ke luar negara boleh memberi ilham kepada dua anak muda ini untuk kembali ke tanahair dan membuka perniagaan mereka hasil cetusan idea dari negara yang dilawati? Bagi Muhammad Ridhwan, 27 tahun dan rakan kongsinya Shahril Razman, 32 tahun, kesempatan untuk membangunkan sebuah spa kasut tidak dilepaskan begitu sahaja memandangkan hanya ada dalam lima spa kasut sahaja di kawasan Lembah Klang.

Pasti ada di antara kita yang mementingkan kebersihan kasut dan sentiasa mencucinya dan ada juga yang masih timbul kesedaran yang kasut anda juga perlu diberikan 'rawatan' sekali sekala setelah lama berkhidmat. Menurut Ridhwan atau lebih mesra dipanggil Wan, salah seorang pemilik Strat Shoe Spa yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, "sebenarnya di Malaysia ni tak banyak kedai yang menawarkan khidmat memcuci kasut apabila kami sendiri berdepan dengan masalah tak tahu macam mana nak cuci kasut kotor terutamanya sneaker. Ketika melancong di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) itu lah kami lihat banyak kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan mencuci kasut. Jadi bila balik Malaysia, kami dapat ilham untuk membuka sebuah spa kasut di Kuala Lumpur ni".

We do clean birkenstock! #stratshuzspa #birkenstockmalaysia #birkenstock ____________________________________________ . . #klkix #sneakers #sneakercleaner #birkenstock #sneakerprotector #yeezy #yeezyv2 #adidas #nike #sneakerlah #nmd #adidasgallery #yeezyboost350 #sneakerfiles #klekt #sneakerness #sneakersnews #sneakerfreaker #complexkicks #nmdmalaysia #boostvibes #klangvalley #hypebeast #runningmalaysia #sneakerspeekmy #klsole #sneakerservices ____________________________________________

A post shared by Strat Shoe Spa (@stratshoespa) on


Mula beroperasi pada tahun 2008, Strat Shoe Spa sebenarnya bermula dengan sebuah kedai dobi dan car wash bergerak jadi tahun 2015 barulah spa kasut ini dibuka. Wan yang merupakan graduan bisnes manakala Shahril pula graduan design, segala ilmu tentang kasut ini dipelajari dari asas hinggalah mereka kini boleh membersihkan kasut pelanggan. Tambah Wan lagi, "kami daftar dan masuk kelas pembersihan untuk mendalami ilmu pembersihan kasut kerana setiap kasut itu mempunyai kaedah pembersihan yang berbeza contohnya seperti kasut suede, kasut kulit dan juga sneaker. Jadi penting untuk kami belajar setiap cara pembersihan dan kemudian aplikasikan di spa kasut kami". Kini mereka boleh tersenyum bangga dengan perkidmatan mencuci yang disediakan seperti spa kasut, dobi dan car wash bergerak yang dibangunkan dari titik usaha sendiri.

Permintaan untuk membersihkan kasut dalam kalangan rakyat Malaysia nampaknya semakin berkembang hari demi hari. Dalam sehari, mereka menerima tiga ke lima pasang kasut untuk dibersihkan. "Kami cuba untuk wujudkan kesedaran dalam mentaliti rakyat Malaysia bahawa jika sesuatu kasut itu kotor, anda boleh membersihkannya daripada dibuang dan beli baru. Jika dihantar pada spa kasut, kasut anda mampu kelihatan seperti baru dan boleh dipakai seperti biasa", jelas Wan lagi.

Jika anda mahu menjaga dan membersihkan kasut dengan baik, percaya pada kepakaran mereka dan pasti kasut anda akan dikembalikan seperti baru. Harga untuk membersihkan sepasang kasut adalah RM40 dan khas promosi dari Strat Shoe Spa, jika anda menghantar 5 pasang kasut ke atas, setiap satunya berharga RM35. Anda boleh mengikuti promosi terkini di laman instagram mereka, stratshoespa.

Amazing work by our expert! Before and After cleaning at #stratshuzspa #whiteshoes #beforeandafter #solecleaning #shoecleaning #shoespa

A post shared by Strat Shoe Spa (@stratshoespa) on

Tips menjaga kasut dari Strat Shoe Spa:

1. Jangan tunggu kasut terlalu kotor baru nak hantar untuk dibersihkan kerana kekotoran itu makin lama akan melekat dan susah untuk ditanggalkan.

2. Jangan rendam kasut terlalu lama dalam baldi kerana ia akan memberi kesan pada gam kasut. Cuci kasut di bawah air yang mengalir.

3. Jangan cuci kasut dengan mesin basuh atau keringkan kasut dengan mesin pengering mahupun pengering rambut. Walaupun cepat, tetapi kasut anda akan cepat rosak.

4. Jangan jemur kasut terlalu lama di bawah pancaran matahari kerana kasut anda akan mengecut. Jemur sekadar satu atau dua jam.

5. Untuk menjaga kasut, maksimum untuk anda pakai kasut tersebut adalah seminggu. Kalau boleh, selepas seminggu, tukar kasut lain dan biarkan kasut tadi berehat untuk dipakai minggu seterusnya.