Pernahkah anda terfikir apa yang harus dilakukan sekiranya serangga memasuki rongga telinga? Pasti sukar bukan?
Untuk pengetahuan anda antara tanda-tanda telinga dimasuki serangga adalah telinga berdengung, terdapat bunyi dan pergerakan, terasa sakit, pendengaran kurang jelas, mengeluarkan air dan nanah serta berdarah.
Jika kesemua tanda ini berlaku, ini 6 tips serta pantang larang anda perlu ikuti dan patuhi.
Mana-mana insiden, tidak kiralah apa jua situasi, perkara utama yang perlu difikirkan adalah bertenang. Jangan panik kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang memasuki rongga telinga.
Jika menyedari telinga anda dimasuki seranggga, terus halakan telinga ke bawah. Kemudian anda goyangkan sedikit kepala.

1. JANGAN PANIK
Mana-mana insiden, tidak kiralah apa jua situasi, perkara utama yang perlu difikirkan adalah bertenang. Jangan panik kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang memasuki rongga telinga.
2. HALA TELINGA KE BAWAH
Jika menyedari telinga anda dimasuki seranggga, terus halakan telinga ke bawah. Kemudian anda goyangkan sedikit kepala.
3. ELAK GUNA PENYEPIT
Advertisement
Perkara yang amat dilarang adalah elak mencungkil telinga menggunakan penyepit. Anda dibenarkan berbuat demikikan hanya jika serangga telah mati.
Penggunaan putik kapas juga dilarang sama sekali.
4. GUNA MINYAK
Teknik paling senang adalah menggunakan minyak seperti minyak zaitun atau bayi, masukkan ke dalam telinga. Ia bagi membantu melemaskan serangga.
5.SEMBUR AIR
Sembur air menggunakan picagari secara perlahan-lahan dan pastikan keseluruhan serangga dikeluarkan.
6. JUMPA DOKTOR
Jika serangga gagal dikeluarkan, maka silalah berjumpa doktor. Sekiranya tidak, telinga akan mengeluarkan nanah dan menjejaskan pendengaran anda.
Anda boleh lihat maklumat penuh di sini.