LIFESTYLE
Jangan Risau, Bebola Daging IKEA Disahkan Halal
Tular di laman sosial apabila status halal hidangan popular IKEA, bebola daging Kottbullar di IKEA Batu Kawan yang baru sahaja dibuka diragui dan dikatakan mempunyai bahan yang tidak halal.
Menerusi satu tweet dari pengguna, sumber yang diperolehi dari whatsapp itu mendakwa bebola daging IKEA Batu Kawan dicampur daging tidak halal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mendapat perhatian pihak IKEA, mereka tampil menegaskan produk bebola daging Kottbullar yang dijual di stor tersebut halal dan diperbuat daripada daging lembu.
Pengurus Dapur Ikea Batu Kawan, Muhammad Rizal Sunalim menerusi satu kenyataan berkata, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa barangan makanan dimasak segar dan dijual di restoran, bistro serta pusat jualan makanan Sweden di semua stor Ikea Malaysia dengan pengesahan sijil halal JAKIM.

“Selain itu, premis ini tidak menggunakan daging babi dan tidak mengandungi alkohol serta dikendalikan oleh pekerja Muslim yang terlatih. Di samping itu, semua pembekal kami mempunyai sijil yang halal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad Rizal berkata, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan atau menghubungi IKEA untuk sebarang pertanyaan kepada pegawai berkenaan.

Buat warga utara, anda tidak perlu risau lagi untuk menikmati bebola daging resipi dari Sweden ini. Datang IKEA, pasti kena rasa menu popular di sana dan jangan lupa bergambar OOTD nanti.