Lifestyle
Jangkitan Tonsil, Adakah Wajib Ambil Antibiotik Atau Perlu Dibedah? Doktor Ini Ada Jawapannya
Siapa yang tidak pernah kena tonsil bukan? Bagi sesetengah individu, mereka memang mudah diserang tonsil (seperti saya), mungkin dua atau tiga bulan sekali.
Paling membimbangkan apabila ia melarat sehingga beberapa hari hingga timbul kemusykilan adakah ia membahayakan?
Jika anda berada di situasi yang sama, mungkin anda perlu melihat perkongsian Doktor Mohd Shaiful Nizam di Twitter baru-baru ini yang menerangkan secara keseluruhannya mengenai gejala tonsil.
Perkongsian itu kini sudah dikongsi 3,400 oleh pengguna Twitter.
APAKAH ITU TONSIL?
Sebelum kita ‘menyelam’ lebih dalam mengenai penyakit ini, tonsil sebenarnya adalah gumpalan tisu limfoid yang terdapat di dalam rongga mulut dan tekak.Menurut Doktor terbabit, ia merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan kuman (mempunyai sel limfosit).
Tonsil pula terbahagi kepada tiga jenis:
1) Adenoid - Tonsil di belakang pangkal hidung.
2) Lingual Tonsil - Tonsil di pangkal lidah.
3) Palatine Tonsil - Tonsil di bahagian tengah mulut (yang selalu diperkatakan dan mudah dilihat).
Kesemua ini dikenali sebagai Lingkaran Weldeyer.
APAKAH PUNCA RADANG TONSIL AKA TONSILITS?
Menurut doktor ini lagi, kebanyakkan tonsilitis disebabkan oleh jangkitan virus (adenovirus, Herpes virus dan lain-lain). Disebabkan ini, ia tidak menjadi rutin doktor untuk memberi antibiotik jika sakit tekak atau serangan tonsilitis biasa.Namun, antiboitik akan diberikan jika tonsilitis disebabkan oleh kuman bakteria (Group A Beta haemolytic Streptococcus).
Antara gejalanya seperti berikut
- Demam > 38'C lebih pada 3 hari.
- Tonsil bengkak, merah & bernanah.
- Pembekakan kalenjar limfa di leher.
- Sakit untuk makan.
- Mulut berbau.
KONDISI MANAKAH TONSIL AKAN DIBEDAH?
Menurut doktor ini, indikasi pembedahan tonsil terbahagi kepada dua iaitu indikasi Mutlak dan Relatif.Bagi Indikasi Mutlak tonsilitis akan berulang sekurang-kurangnya 7 kali setahun atau 5 kali dalam masa dua tahun.Selain itu Peritonsilar bernanah dan berlakunya sekatan pada saluran pernafasan dan proses menelan.
Tonsil Bengkak sebelah dan sawan panas disebabkan tonsiltis juga harus melakukan proses pembedahan.
Bagi indikasi relatif pula anda boleh lihat di tweet ini.
2) Indikasi relatif
- Pembawa kuman " Difteria" - tidak sembuh dengan antibiotik.
- Deman rheumatic dan syndrome nefrotik akut
- Nafas berbau disebabkan nanah tonsil (halitosis)
- Sebahagian drpd pembedahan lain, palatofaringoplasty
-"Eagle syndrome" - pemanjangan tulang styloid— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) October 3, 2018 Oleh itu, tidak semua jangkitan tonsil sebenarnya memerlukan antibiotik dan tidak semua tonsil yang bengkak perlu dibedah.
Untuk makluman anda, Doktor Mohd Shaiful Nizam adalah sebahagian daripada doktor yang aktif berkongsi maklumat kesihatan di Twitter.
Anda boleh ikuti kesemua tips dan panduan menerusi #MedTweetMY atau follow terus akaun ini MedTweetMYHQ
Must-Watch Video