Jepun seperti kita semua sedia maklum memang terkenal dengan makanan unik mereka. Kali ini mereka tampil dengan ciptaan terbaru dengan menggabungkan makanan ramen bersama coklat.

Menu ini diperkenalkan oleh sebuah restoran, Kourakuen yang mencipta rasa terbabit bersempena dengan hari kekasih, Valentine.Difahamkan, satu coklat bar penuh dimasukkan ke dalam hidangan bagi menaikkan rasa dan aroma coklat pada menu ramen berkenaan. Ia kemudian dijual sekitar $5 USD iaitu antara RM20.

Persoalannya, adakah menu ini mampu melawan menu pelik di Malaysia? Ini antara yang kami rasa mampu menandingi menu ramen coklat ini.

#1 MILO MAGGIE

Milo FTW!
Jika ada menu yang hampir sama untuk menandingi ramen coklat ini pastinya milo maggie! Lihat saja warna dan kepekatan kari bercampur milo ini. Pasti terangkat!

#2 MURTABAK MAGGIE

Murtabak + Maggie
Anda suka murtabak? Jangan lupa cuba murtabak maggie. Jika dulu kita boleh jumpa menu ini hanya ketika di bulan puasa, namun sekarang sudah banyak dijual di pasar-pasar malam.

Jika tidak jumpa sekali pun, boleh cuba buat sendiri. Mudah!

#3 CUCUR MAGGIE

Lebih tradisional sedikit.Jika murtabak agak mainstream, apa kata cuba menu cucur maggie pula. Ia lebih mudah daripada murtabak. Minta resipi daripada ibu anda, kemudian tambahkan saja mi segera dalam bahan. Siap! Selamat mencuba.