Lifestyle

Jual Rantai Kunci Berbentuk Pokok, Little Trees Saman Balenciaga

Azwa Rahman
24/10/2018
04:21 MYT
Sudahlah tiru reka bentuk orang lain, jual harga tak masuk akal pula tu. Kenapa bentuk pokok juga yang mahu ditirunya.
Jenama fesyen terkemuka, Balenciaga yang sentiasa dilanda kontroversi dek kerana rekaan tiru mereka sekali lagi mencetus masalah apabila didakwa meniru rekaan penyegar kenderaan popular, Little Trees. Opps!
Menurut laporan The Fashion Law, rantai kunci kulit Balenciaga yang berharga USD275 (RM1150) disaman di mahkamah persekutuan New York oleh Car-Freshener Corporation yang memiliki Little Trees. Balenciaga dikatakan telah meniru bentuk, dimensi dan penampilan keseluruhan penyegar kenderaan itu tanpa kebenaran.
Bagi pihak Car-Freshener Corporation, mereka bimbang persamaan itu mencetuskan kekeliruan dan paling penting, mengalih perhatian ramai kepada rantai kunci Balenciaga tersebut. Sama tapi tak serupa.
Penyegar kenderaan Little Trees sememangnya terkenal di serata dunia termasuklah Malaysia. Dengan harga yang murah dan mampu kekal wangi sehingga beberapa bulan, Little Trees turut menuntut semua keuntungan yang diperolehi oleh rantai kunci Balenciaga setakat ini.
Sehingga kini, pihak Balenciaga masih belum mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

MODA Lancar Naskhah Eksklusif! Ada Kisah Pereka Popular Malaysia Antaranya Melinda Looi, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini & Jimmy Choo Dalam Satu Buku

gempak
26/03/2023
10:50 MYT
Jom dapatkan sekarang
Laman Utama

Malala Yousafzai Pertama Kali Datang Oscar, Selendang Atas Kepala Jadi Tumpuan

gempak
13/03/2023
16:00 MYT
Cantik
Laman Utama

Pertama Kali Bekerjasama, Melinda Looi Bangga Karya Anak Sendiri Terlibat Dalam Projek Melinda Looi Couture 2023

gempak
09/10/2022
11:00 MYT
Melinda Looi Couture 2023
Laman Utama

Yonnyboii Kena Serangan Panik Selepas Catwalk Di Fashion Show Neonate - "Saya Sesak Nafas, Insecure & Cuak Sangat... Mujur Tunang Ada Sekali"

gempak
08/11/2021
08:25 MYT
Risau tengok keadaan Yonnyboii lepas fashion show...
Laman Utama

“Jasa Mereka Sangat Besar” - Vivy Yusof Bekerjasama Dengan Pos Malaysia Bagi Kempen Negaraku Negaramu

gempak
09/09/2020
06:47 MYT
Hargai jasa pekerja pos.