Mohd Redha Rozlan atau lebih dikenali sebagai Mat Redho sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) di Australia baru-baru ini.

Mat Redho menewaskan 95 peserta lain selepas mengungguli pentas akhir dengan melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat (s).

Mengatasi peserta kedua Jake Murray dengan perbezaan masa 10s, Mat Redho muncul satu-satunya peserta yang berjaya menghabiskan semua rintangan di pentas akhir sekali gus melayakkan dia memenangi anugerah 'Last Man Standing'. Hebat!

-Final- Alhamdulilah competition is over. It's a super nice experience for us with american ninja warrior , germany ninja warrior, australian ninja warrior, Singapore Ninja competitors and other international ninjas. The competition run so professional and world class level. Hope to see you again next year #nclfinals2018 . . #adidasMY @ninjachallengeleague @ninja.academy @hnkfitness @boulderworldsg @ma.lead

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on


Antara rintangan yang perlu dilalui adalah memanjat tali, memanjat dinding dan lompat berhalangan,

Namun disebalik kemenangan Mat Redho dalam pertandingan antarabangsa ini, isu tajaan dilihat masih menghantui pemuda ini. Malah keluhan wira ninja ini dapat dilihat menerusi posting di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, setakat ni je yg saye mampu. Terima kasih pada isteri yg selalu teman dan jerit sambil dukung anak kami.

“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara. Macam biasa kalau nak ke competition luar pasti pecah tabung punya. Dalam masa sama tak pernah pun putus asa cuba nasib untuk ditaja,” katanya.

Isu tajaan dan sokongan ini juga turut menarik perhatian netizen di sosial media. Rata-rata netizen di media sosial turut meluahkan perkara yang sama.
Kebanyakan mereka meminta supaya Kementerian Belia Dan Sukan mempertimbangkan penajaan sukan sebegini memandangan anak muda lebih cenderung kepada sukan lasak (dan E-sport).

Difahamkan selepas Australia, Mat Redho bakal mencabar dirinya untuk pertandingan di Amerika Syarikat.

Kami di Rojak Daily berharap kejayaan Mat Redho ini mendapat perhatian pihak berkepentingan. All the best Mat Redho!