Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LIFESTYLE

Keletah Comel Anak Sultan Perak, Raja Nazira Safya Curi Tumpuan

Azwa Rahman 07/11/2016 | 06:57 MYT
Sabtu lepas telah berlangusung majlis Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 2016 yang telah diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Turut diadakan, Istiadat Pengurniaan Kebesaran, Bintang dan Pingat-Pingat Negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.
Dalam istiadat ini, sudah pasti yang mencuri tumpuan adalah puteri bongsu Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Tuanku Zara Salim, Raja Nazira Safya.
Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah dilahirkan pada 2 Ogos 2011 dan kiri berusia lima tahun. Raja Nazira Safya mempunyai seorang abang, Raja Azlan Muzzaffar Shah yang berusia lapan tahun.
Ketika majlis berlangsung, kamera turut tertumpu pada wajah yang sangat comel ini. Mari kita lihat gelagat Raja Nazira Safya dibawah.
Gambar: Instagram airilezuan
source: imgur.com
Gambar: Instagram airilezuan
source: imgur.com
Gambar: Instagram airilezuan
source: imgur.com
Gambar: Instagram airilezuan
source: imgur.com
Gambar: Twitter
source: imgur.com
Gambar: Twitter
source: imgur.com
Gambar: Twitter
#Kerabat #Kerabat