LIFESTYLE

Kenali Nurul Shamsul - Peserta Melayu Berhijab Pertama Menyertai Miss Universe New Zealand

Azwa Rahman 04/06/2018 | 03:57 MYT
Pertama kali dalam sejarah, apabila seorang gadis Melayu yang berasal dari Malaysia berjaya memasuki pertandingan Miss Universe New Zealand.

Nurul Shamsul, 20 tahun, berdarah campuran Indonesia tampil berhijab untuk layak disenarai pendek sebagai peserta Top 20 sekaligus mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik tersebut.

Berdarah kacukan Malaysia-Indonesia.
Gadis manis ini merupakan seorang penuntut di University of Waikato. Dilahirkan di Ampang, Selangor dan dibesarkan di New Zealand, ibu Nurul berketurunan Indonesia dan ayahnya seorang rakyat Malaysia.

Penuntut di University of Waikato.
Menerusi beberapa entri di laman media sosial miliknya, @nurulzbshamsul, Nurul menyifatkan penyertaannya itu sebagai sesuatu yang memecahkan stereotaip dan berharap agar niatnya itu tidak disalah tafsir.

Mara ke pentas akhir Miss Universe New Zealand.
Penyertaan gadis melayu atau lebih tepatnya gadis beragama Islam dalam pertandingan ratu cantik bukanlah sesuatu yang baru. Terdahulu, Halima Aden, peserta separuh akhir Miss Minnesota USA 2016 berjaya membawa imej ratu cantik beragama Islam yang berhijab dengan sempurna. Selain itu, pertandingan ratu cantik Indonesia, Puteri Indonesia turut menerima ramai penyertaan gadis berhijab.

Sumber: Astro Awani

#Beauty #Beauty