Aiskrim perisa vanila

Anda seperti Grace Kelly, dalam erti kata lain, anda mencerminkan keperibadian yang lemah lembut, elegan dan mempunyai gaya tersendiri. Anda merupakan simbol kecantikan yang klasik. Orang ramai selesa untuk mendekati diri anda dan cara anda mengimbangi aspek-aspek dalam kehidupan bagi mencapai kebahagiaan amatlah mengagumkan. Perisa asli Vanilla Cashew Delight ini adalah pilihan yang tepat dengan kombinasi aiskrim perisa vanila dengan cebisan kacang-kacang gajus dan dilengkapi dengan salutan sos coklat dan taburan cip coklat. Gunakan dan hargai detik-detik indah semasa anda menikmati setiap suapan aiskrim ini.
Aiskrim perisa coklat

Personaliti menarik dan unik anda membuatkan anda rakan kegemaran orang ramai. Anda sentiasa berjiwa muda, berimaginatif dan tidak membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Cara anda mendapatkan ketenangan jiwa adalah dengan meluangkan masa bersama teman-teman rapat anda pada waktu malam. Anda sering menghiburkan teman-teman sekeliling anda dengan celoteh jenaka anda. Hazelnut Chocolate Fantasy adalah aiskrim yang anda perlukan. Aiskrim ini kaya dengan perisa coklat dan vanila dan ditabur dengan kacang panggang serta pes kacang hazel yang enak, pastinya akan menggembirakan hati semua wanita.
Aiskrim perisa mangga

Advertisement
Anda adalah seorang yang ceria, senang berkawan dan boleh melihat sudut yang positif dalam setiap cabaran atau kesusahan. Tenaga positif anda akan mempengaruhi orang-orang yang berada di sekeliling anda. Anda umpama Phoebe dalam sitkom bersiri ‘FRIENDS’ yang diminati ramai orang. Dengan adanya ciri-ciri berani untuk mencuba sesuatu yang baru serta citarasa tersendiri yang unik, maka ini adalah masa yang amat sesuai untuk mencuba perisa aiskrim Luscious Mango Sensation. Setiap sudu aiskrim berperisa mangga berkrim ini dilengkapi dengan ketulan-ketulan buah mangga yang pasti meninggalkan sensasi lazat dalam setiap suapan
Aiskrim perisa kopi

Orang lain perlu bermain teka-teki bagi mengenali peribadi anda. Anda mungkin tidak bergaul banyak dengan ramai orang kerana anda adalah seorang yang pendiam dan anda menghargai detik-detik bersendirian. Gunakan masa sendiri anda dengan sebaik mungkin dan luangkan masa anda dengan teman-teman rapat sambil menikmati Caramelized Macchiato Surprise yang terdiri daripada kombinasi aiskrim berperisa kopi yang berkualiti tinggi, cebisan biskut serta sos caramel.
Aiskrim perisa pekan

“You go girl!” ini merupakan kata-kata semangat yang paling sesuai untuk menggambarkan personaliti anda. Minat dan semangat membara anda untuk kejayaan adalah sumber inspirasi untuk orang lain. Anda mampu mempengaruhi orang-orang di sekeliling anda untuk berjaya dan sentiasa mendorong mereka untuk melangkah keluar dari zon selesa. Tingkatkan hari anda dengan Almond Pecan Passion yang merupakan kombinasi aiskrim berperisa pekan, kacang badam panggang yang rangup serta putaran sos coklat. Aiskrim ini pastinya akan memberi anda rasa kenikmatan yang cukup berbeza.