Semua kerjaya pastinya akan berdepan bahaya. Namun bagi pengamal media terutamanya wartawan dan jurugambar, kerjaya ini dipandang serong di beberapa buah negara luar.

Berdepan pelbagai bahaya.

Menurut laporan terbaharu organisasi Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mendedahkan lima negara teratas di dalam senarai negara paling berbahaya bagi pengamal media di dunia.

Negara mana yang menduduki carta teratas?

1. Afghanistan

2. Syria

3. Mexico

4. Yaman

5. Amerika Syarikat dan India

Demi pendedahan berita.

Bagi tahun 2018 ini sahaja, seramai 80 wartawan mati di seluruh dunia manakala 348 wartawan dipenjarakan dan 60 lagi ditahan sebagai tebusan.

Menurut RSF juga, sememangnya ada pihak yang meletakkan sasaran mereka pada pengamal media.

Nervousnya!

Bagi Amerika Syarikat (AS) pula, inilah kali pertama negara ini tersenarai dalam kedudukan negara yang tidak selamat untuk pengamal media berikutan seramai enam wartawan terbunuh semasa bertugas di AS sepanjang tahun ini.