
Hari kedua Ramadhan membuka ruang kepada kami di Rojak Daily untuk memberikan masa yang terluang sebagai satu tugas khidmat masyarakat.
Membahagikan diri kepada tiga pasukan, kami ke Balai Polis dan Balai Bomba di Subang Jaya, juga ke Hentian Bas Jalan Duta dan terakhir di Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk mengagihkan juadah berbuka puasa.Tujuan utama adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang mungkin tidak sempat untuk pulang berbuka kerana perlu bertugas di saat orang lain sedang menikmati juadah berbuka bersama keluarga.

Tidak Mengira Bangsa
Advertisement
Tambah beliau lagi, pasukan editorial Rojak Daily yang terdiri daripada pelbagai kaum berasa gembira dapat memberikan masa yang ada kepada umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa. Itulah keistimewaan rakyat berbilang kaum di Malaysia.