Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LIFESTYLE

KJ Bertukar Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury

Azwa Rahman 17/08/2016 | 03:10 MYT
Setelah pernah membuat beberapa kemunculan dalam beberapa babak lakonan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menunjukan bakat lakonannya dan kali ini, memainkan watak sebagai pengutip sampah dalam satu filem pendek berdurasi 5 minit.
KJ.jpg
Gambar: Men's Health

Khairy Jamaluddin sebagai Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury dari Chittagong, Bangladesh tampil dengan semangat untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan menjaga alam sekitar.

Menurut KJ di laman Facebooknya, “Ahmad Khairy sangat kagum dengan dasar kitar semula di negara angkat beliau, Meleishia. Tapi sebelum semua confuse, dalam gambar ini saya, bukan Ahmad Khairy dari Bangladesh. Saya main watak Ahmad Khairy dengan menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia. Respek kepada abang2 Alam Flora dan waste management ni. Bila dah 'pakai kasut' mereka barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini”.
Video ini bersempena persidangan antarabangsa Persatuan Wanita Asia Tenggara dan Pan Pasifik (PPSEAWA) dan akan bermula pada 22 Ogos ini selama tujuh hari.
#Belia #Belia