Lifestyle
Koleksi Kasut Neelofa Yang Pasti Buatkan Anda Ternganga
Kita sedia tahu bahawa Neelofa dan stail memang tak dapat dipisahkan. Pakailah apa pun, dia pasti nampak cantik, sopan, elegan dan meletop. Terima kasih pada stailist Neelofa. Dari set Meletop bawa ke dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, mahu pun ke acara-acara rasmi, stail Neelofa memang tip top. Setiap kali dia muncul di kaca TV ataupun post gambar OOTD di laman instagramnya, mata kami pasti tertumpu pada kasut tumit tingginya. Tak pernah tak tinggi!
Killer heels dalam ketinggian 8 inci ini sememangnya menjadi kegemaran Neelofa. Neelofa pernah berkata dia memang ada banyak koleksi killer heels dan sudah terbiasa untuk keluar ke majlis-majlis rasmi dengan memakai killer heels.
Tidak dinafikan, kasut memainkan peranan penting bagi seorang wanita. Kasut tumit tinggi boleh memberikan keyakinan pada seorang wanita apabila mereka menghadiri sesuatu majlis ataupun bertemu dengan seseorang.
Jadi, jom kita lihat beberapa koleksi killer heels Neelofa yang boleh buatkan anda gerun. Apa sahaja yang Neelofa pakai, #WeLofaYou.
Must-Watch Video