Habis saja sambutan Christmas, perayaan yang bakal kita sambut adalah Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina boleh dikatakan antara sambutan yang meriah yang disambut di seluruh dunia dan disebabkan itu banyak lah pengeluar mengeluarkan barangan dan produk edisi khas sempena perayaan terbabit.

Pengeluar kasut Nike juga tidak terkecuali apabila baru-baru ini melancarkan koleksi penuh Air Vapormax 2019 untuk Tahun Baru Cina.

Lihatlah detailing sneakers ini guys!
Jika dilihat kesemua line up terbaru ini ia banyak menerapkan elemen dan teknik patchwork china yang digelar sebagai Bai Jia Yi.

Gergasi sukan itu menggunakan teknik dengan dua cara yang berbeza. Pertama ialah corak selimut geometri yang dipengaruhi oleh semua 12 simbol Zodiac Cina dan yang kedua adalah corak mozek dari 12 simbol.

Super lit!
Sambut Tahun Baru Cina, warna kena meriah!Kasut yang digunakan dalam koleksi ini ialah KYRIE 5, Zum Pegasus Turbo, Air Max 98, Air Force 1, Air Max 1, Converse Chuck Taylor High, Air Jordan 12, Air Vapormax 2019 dan Blazer Low.

Koleksi Tahun Baru Cina Nike akan dikeluarkan sepanjang Januari.