Zalora, destinasi fesyen online terkemuka di Asia semalam telah mengumumkan kerjasama dengan Rizalman Ibrahim, membariskan koleksi yang cukup berpengaruh dengan sentuhan hebatnya. Rizalman untuk Zalora boleh didapati di www.zalora.com.my, www.zalora.id dan www.zalora.sg dari 27 April.

Koleksi terbaharu Rizalman untuk Zalora ini mempamerkan reka bentuk biasa sentuhan pereka fesyen terkemuka ini iaitu; gaya dan keanggunan yang terhebat. Koleksi ini memberikan sentuhan moden dengan penggunaan fabrik dan corak yang terkini menjadikannya begitu klasik tetapi relevan untuk dipakai pada masa kini.

Gaya rekaan Rizalman yang popular iaitu potongan mengikut badan dan kurung elegan sekali lagi mencuri tumpuan utama koleksi kali ini. Ia juga menampilkan idea-idea baru dan segar bagi koleksi pakaian tradisional sempena musim perayaan ini. Perincian yang digunakan adalah minimum dan Rizalman memberikan tumpuan kepada penggunaan fabrik seperti jersey, renda, sutera krep dan sutera georgette disamping unsur-unsur logam bagi mewujudkan keanggunan era terdahulu. Koleksi "mega mendung", corak asal yang diperkenalkan oleh Rizalman pada tahun 2005, turut digunakan semula untuk menghasilkan beberapa koleksi utama yang menakjubkan.

Menurut Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan Zalora, "Zalora teruja untuk membawakan koleksi keempat Rizalman untuk Zalora 2016. Beliau bukan sahaja menghasilkan koleksi pakaian yang amat ditunggu-tunggu tetapi juga telah menghasilkan satu cereka pendek yang mempamerkan koleksi terbarunya."

Tahun 2016 juga menandakan kemunculan koleksi pakaian lelaki RizalMEN yang pertama. Terdiri daripada potongan klasik dengan sentuhan moden, helaian dalam koleksi ini boleh dipakai secara bebas pada musim perayaan atau sebagai pakaian harian. Jubah, baju melayu, kaftan, kemeja, baju-t, baju panas dan jumpers boleh didapati dalam pelbagai warna dan cetakan yang menarik khusus buat penggemar fesyen lelaki yang mahukan kelainan.

Rizalman untuk Zalora berharga dari RM120 hingga RM650 manakala RizalMEN untuk Zalora berharga dari RM165 hingga RM240.