LIFESTYLE
Kucing Paling Popular Malaysia Sambut Ulang Tahun Ke-3, Happy Birthday Bujibu Chempel
Kalau anda tak kenal Bujibu Chempel, buka Instagram sekarang, cari nama @bujibuchempel dan follow! Kucing dari baka 'British Shorthair' milik pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang turut menjadi kucing paling popular di Malaysia kini menyambut ulang tahunnya yang ketiga!

Menyambut ulang tahunnya yang ketiga pada 13 Februari, tambah istimewa apabila Purina, jenama makanan haiwan peliharaan terkenal telah melantik Bujibu Chempel sebagai duta jenamanya bagi rangkaian makanan kucing gourmet keluarannya iaitu Fancy Feast. Bujibu yang berasal dari Rusia sangat menggemari makanan dari Fancy Feast kerana ia menggunakan bahan berkualiti tinggi. 

Majlis sambutan hari jadi Bujibu 'A Fancy Feast Birthday Party With Bujibu and Friends' diadakan di Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) turut meraikan haiwan-haiwan yang ditempatkan di pusat perlindungan tersebut. 

Bagi 'ibu' Bujibu, Hanis Zalikha, "kehadiran Bujibu telah membawa kegembiraan dalam kehidupan keluarga kami. Kami menjaga Bujibu dengan baik dan dia dilayan seperti ahli keluarga."
"Kami juga sambut ulang tahun Bujibu yang pertama, kedua dan tahun ketiga ini sangat istimewa kerana Bujibu raikannya bersama dengan haiwan-haiwan yang lain. Dengan kehadiran 'adik' Bujibu, Yusuf Iskandar, hubungan antara mereka berdua begitu rapat sekali memandangkan Yusuf kini berusia dua tahun telah membesar di samping Bujibu", tambah Hanis lagi.
Must-Watch Video