Lifestyle

Labuan, Destinasi Pelancongan Yang Belum Terusik

Badrul Hashim
14/12/2017
10:25 MYT
Pulau Labuan yang berpopulasi sekitar 100,000 orang telah mengalami perubahan yang besar sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua pada 16 April 1984. Pulau Labuan yang mendapat jolokan ‘Mutiara Laut China Selatan’ menjanjikan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.

1. Destinasi Bebas Cukai

Ujana Kewangan tempat bebas cukai.
Seperti Langkawi, Labuan juga merupakan destinasi bebas cukai di Malaysia. Tempat-tempat seperti Ujana Kewangan dan Sky Mart Duty Free menawarkan harga bebas cukai pada pengunjung.Sky Park Duty Free.
Tarikan utamanya adalah coklat import. Selain Ujana Kewangan, di SkyPark juga pelancong boleh mendapatkan pilihan produk coklat yang pelbagai. Selain dari coklat, barangan kecantikan dan minyak wangi adalah yang paling menjadi tarikan.

2. Makanan Laut Yang Murah

Makanan laut yang murah.
Lobster hanya RM60 seekor? Ya, anda boleh mendapatkan hidangan makanan laut yang cukup berbaloi di Anjung Ketam, Anjung Ikan Bakar dan Ketam Terumbu Warisan di Jalan Tanjung Aru. Selain itu terdapat juga Restoran Raff Deepsea yang menyediakan makanan istimewa Malaysia Timur seperti mee kolok dan laksa Sarawak.

3. Pulau-pulau yang menarik

Pulau Rusukan Besar.
Labuan mempunyai beberapa pulau di sekeliling yang boleh anda kunjungi. Pulau Daat, Pulau Papan, Pulau Burung, Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil serta Pulau Kuraman. Kebanyakan pulau-pulau ini masih belum dibangunkan sepenuhnya dan menjadikannya pulau yang bersih dan semulajadi.

4. Kampung Air

Kampung Air yang istimewa.
Mungkin tidak sebesar kampung air di tempat lain, tetapi tetap menarik! Dengan jalur papan untuk anda berjalan, penduduk-penduduk di Kampung Air sangat peramah. Mana tahu and dijemput singgah untuk makan ambuyat!

5. Muzium Marine Labuan

Muzium Marin Labuan.
Terletak di dalam Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, Muzium Marin menyimpan pelbagai artifak menarik daripada kapal karam.Banyak artifak.
Malah ada juga haiwan-haiwan laut sama ada yang masih hidup atau sudah dijadikan bahan pameran untuk anda lawati. Istimewanya, muzium ini dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan masuk adalah percuma.Banyak hotel dan tempat penginapan.
Terdapat cadangan untuk membina projek jambatan Labuan yang bakal menghubungkan Pulau Labuan dan Menumbok, Sabah. Jambatan tersebut bakal memendekkan masa perjalanan darat ke Labuan.Lapangan Terbang Labuan.
Kalau anda ingin mengunjungi Labuan, terdapat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia dan juga MasWings daripada Semenanjung, Kota Kinabalu dan juga Brunei Darul Salam.
Related Topics
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Bintang antarabangsa Fan Bingbing menyifatkan peranan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 yang digalasnya adalah satu tanggungjawab yang amat berat, namun pada masa yang sama beliau menganggap ia sebagai satu tuah.
Berita

Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa

gempak
09/06/2024
22:00 MYT
Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing yang akan dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam menarik kedatangan pelancong antarabangsa.
Viral

Usahawan Rugi RM2 Juta, Kena 'Tikam' Kawan Baik! - "Saya Murung, Susut 20Kg, Hampir Bunuh Diri Sebab Stress"

gempak
23/03/2024
05:36 MYT
Ezan Ithnin yang hampir membunuh diri akibat tertekan ditipu oleh rakan baik sendiri.
Laman Utama

#Travelmana: Tawar Laluan KL-Eropah, Ini 4 Sebab Korang Perlu Pilih EVA Air!

gempak
28/08/2023
12:52 MYT
EVA Air, syarikat penerbangan terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, melancarkan kempen ‘Elevating Your Experience’