Lifestyle
Lakukan 10 Perkara Ini Sebelum Anda Pergi Bercuti
Sebut sahaja nak bercuti, memang best. Tapi sebelum boleh pergi bercuti, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira dari A sampailah Z.
Gambar: paygasnotrent.com
1) Memilih destinasi percutianMungkin anda dah bercita-cita untuk melancong tiga kali dalam setahun. Awal-awal dah rancang nak pergi ke mana dalam masa setahun tu. Sama ada pusing Asean, terbang jauh ke Eropah ataupun keliling Sabah atau Sarawak, sudah pasti anda anda impian mana destinasi percutian yang seterusnya untuk diterokai.
2) Berapa total bajet perbelanjaan
Jika sudah memilih destinasi, anda harus tepuk dada tanya diri sendiri sama ada mampu atau tidak. Jika ya, berapa pula yang sanggup anda laburkan untuk total kos percutian. Hal ini termasuklah tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan. Dengan adanya bajet yang mencukupi, ia menyokong destinasi pilihan anda.
3) Tempoh masa percutian
Kebiasaannya jika anda merancang untuk bercuti dekat-dekat sahaja, 3 ke 4 hari sudah memadai. Tetapi jika anda merancang untuk terbang jauh, seeloknya anda pergi 10 ke 12 hari atau lebih bagi kepuasan maksimum.
4) Pemilihan rakan travel
Yes, rakan travel sangat penting. Jika anda sudah mempunyai travel buddies tersendiri, memang seronok. Tetapi jika tidak, anda boleh memilih sama ada ingin bercuti bersama sahabat baik, rakan sekerja mahupun adik-beradik. Pastikan rakan travel anda itu yang tidak banyak karenah dan satu kepala bagi percutian yang menenangkan.
5) Merangka perjalanan percutian
Jika destinasi dah ada, bajet dan tersedia, rakan travel dan setuju, tiket dah beli, maka inilah masanya anda merancang aturcara percutian. Kalau boleh, duduk bersama rakan travel anda dan berbincang tentang percutian korang. Penting untuk anda mencapai persetujuan bersama dan tak ikut kepala masing-masing agar semuanya berjalan lancar. Kalau boleh, hari pertama anda ke tempat yang ingin anda lawati, hari kedua anda ke tempat rakan anda ingin lawati dan hari ketiga anda boleh meneroka tempat baru bersama-sama.
6) Jenis penginapan
Dengan adanya pelbagai aplikasi hotel yang ada kini, mencari tempat penginapan senang seumpama petik jari. Sama ada hotel mewah, hotel tiga bintang, hotel butik, hostel ataupun homestay, semuanya terpulang pada bajet anda dan keselesaan. Tempat penginapan juga harus dipilih dengan teliti agar memudahkan percutian anda nanti.
7) Pemilihan beg
Pemilihan beg bergantung pada destinasi yang anda pilih. Jika anda merancang untuk ke Gunung Bromo di Surabaya, tak kan nak bawa luggage pula? Anda juga boleh memilih percutian jenis backpacking jika anda jenis aktif, sentiasa bergerak dan mempunyai bajet yang terkawal. Tapi kalau nak bawa beg apa-apa pun tak apa asalkan boleh diangkut masuk dalam kapal terbang.
8) Review kos dan aturcara
Jika semuanya sudah tersedia, cuba semak dan review balik kos dan aturcara percutian anda. Mana tahu ada yang terlepas pandang, terkurang dan terlebih. Pada tahap ini, 80% persiapan sudah pun dilunaskan dan cuma menghitung hari untuk melangkah riang.
9) Persiapan sebelum travel
Waktu ini, anda boleh semak passport, wang negara asing dah ditukar belum, baju apa nak dibawa, sunblock dan habis ke, universal plug anda berfungsi atau tidak. Inilah masa yang sesuai untuk menyelesaikan apa juga perkara dan masalah tertunggak sebelum tarikh travel anda tiba.
10) Tinggalkan fikiran serabut
Menjelang hari travel anda, pergilah dengan hati yang tenang untuk merehatkan minda melihat tempat orang. Tinggalkan segala masalah cinta, masalah kerja, masalah keluarga di lapangan terbang dan buka minda anda untuk bersantai.
Must-Watch Video