Pernahkah anda melihat adik, abang, teman lelaki atau suami anda hilang berat badan dalam masa singkat? Walaupun sama-sama berdiet, namun akhirnya mereka juga yang paling banyak susut.

Hal ini memang diperakui oleh pakar terutamanya selepas satu kajian perbandingan jantina dilakukan baru-baru ini. Sekelompok saintis menghimpunkan 2,000 dewasa yang lebih berat badan sekitar Eropah, Australia dan New Zealand.

Kesemua individu ini kemudian menjalani diet yang mengawal pengambilan kalori. Hanya 800 kalori saja dibenarkan setiap hari. Sup, bijirin dan sedikit sayur sayuran saja yang mereka makan.
Aizat antara inspirasi untuk menurunkan berat badan. Gambar lamanya di bawah.
Pada akhir ujian, saintis ini mendapati golongan lelaki turun berat badan paling banyak iaitu purata 11.8 Kilogram (kg) berbanding wanita hanya sekitar 10.2kg. Selain berat badan, kajian juga mendapati kadar lemak dalam badan serta risiko mendapat diabetis menurun.

Secara umumnya, lelaki dikatakan mempunyai metabolisma lebih tinggi dan mempunyai lebih lemak viscera. Malah disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, lelaki akan merasakan kesan pengurangan kalori lebih cepat.

Janji esok nak kongsi tip kan, tapi hari ini saya ada kelapangan masa, nak share 1 tip bonus. MAHU? . Ala pendek je. BACA NI. . Semalam ramai yang PM, mental tak kuat la, ketupat menggoda dan 'tipah' tergoda la... huhuhu jadi apa tip nak TAHAN GODAAN? . Mudah Je, ITS ABOUT YOU VS YOU. . Nak Sihat ke Nak NIKMAT Seketika? . Kita sendiri kena ada AZAM & BIG WHY untuk KURANGKAN BERAT BADAN dan jadi LEBIH SIHAT! . Bila kita ada AZAM dan BIG WHY yg kuat, . kita akan terus berusaha walaupun byk cabaran tau Termasuk RAYA nanti. o:) . Kita ubah diet bukan untuk short term, tapi kita ubah pemakanan kita lebih baik untuk kita dapatkan amalkan cara hidup yang lebih sihat sampai bila-bila. . KESEDERHANAAN adalah Kuncinya!. . INGAT, raya memang sekali setahun, tapi setiap tahun ada je RAYA kan. . Ingatan ini untuk diri saya sendiri sebenarnya. Tulis siap-siap dekat sini supaya saya terus ISTIQAMAH. . -- Aizat Razak Tidak mahu berat naik jadi 220KG lagi! #aizatrazak #CMBIANS #bangi #bandarbarubangi #kurus #jomkurus #jk1m #kevinzahri #carakurus #kurusbadan #nakkurus #ubatkurus #kuruscepat #kurusdalam6minggu #kurusdengancepat #kurusdenganselamat #loseweight #loseweightjourney #pushyourself #justdoit #nevergiveup #weightlossprogram

A post shared by Aizat Razak (@aizat225) on


Bagaimanapun, golongan wanita jangan berputus asa dengan kajian ini, kerana terdapat juga kajian lain mendapati penurunan berat badan yang drastik berlaku pada lelaki hanya tempoh masa singkat dan bukannya jangka masa panjang. Ini hanya kajian, hanya anda yang mampu mengubahnya.

Satu lagi inspirasi buat anda semua.
Apapun, jaga kadar kalori dan gula dalam makanan harian kita. Jika mahu laporan penuh kajian terbabit, anda boleh baca di Journal Obesity.