Dalam sehari, berapa kali sahaja anda tidak memegang telefon? Kalau boleh nak sapu gam kat tangan biar telefon melekat terus. Hey, telefon memang ciptaan paling berguna sekarang tapi tengok keadaan jugalah apabila anda harus jauh daripadanya. Good luck!
1) Ketika di meja makan
Gambar: www.churchofopinion.com
Apa adab ketika makan? Baca doa, makan dengan sopan, ikut etika makan dan salah satu adab makan baru yang perlu kita amalkan, letak telefon! Kami ada teman yang bila makanan sampai atas meja, jangan sesiapa sentuh sebab dia nak ambil gambar makanan. Lepas berpuas hati dengan gambar, baru boleh makan. Itu pun 10 minit diperlukan untuk si teman nak pilih gambar dan upload di Instagram. Hey, hargailah teman-teman yang ada di hadapan anda dan hargai makanan yang baru sampai. Apa kata makan dulu, sembang-sembang dan lepas tu barulah pegang telefon. Boleh cuba?
2) Ketika bersosial bersama teman-teman
Gambar: theodysseyonline.com
Tidak kira anda sedang berparti,
pot luck, lepak minum kopi bersama teman, apa perasaan anda jika sedang anda bercakap, teman-teman ‘mendengar’ tetapi mata kat skrin telefon? Panas hati,
okay! Komunikasi dua hala sangat penting dimana satu pihak memberitahu, satu pihak lagi mendengar. Cuba habiskan masa berguna anda bersama dengan teman-teman tanpa sebarang gangguan alam maya. Mungkin boleh pegang telefon bila nak ambil gambar tapi selain untuk tujuan itu, simpanlah dalam beg. Apa guna lepak kalau semua nak main telefon kan?
3) Ketika bercuti
Gambar: www.shutterstock.com
Konon
escape from reality bila bercuti tapi tak boleh berpisah dengan telefon langsung. Apa guna anda habiskan wang beratus-ratus ringgit, tempah tiket kapal terbang, tempah hotel tapi hasilnya anda sibuk
check email, jawab Whatsapp,
call sana,
call sini. Kalau sekali-sekala nak
check sosial media tu boleh la, tapi janganlah setiap setengah jam nak
upload gambar percutian. Adakah anda cuba nak buat orang lain cemburu dengan percutian anda? Atau anda tidak mahu terlepas gossip-gosip panas yang berlaku dalam negara? Cubalah berenggang sedikit dengan telefon ketika bercuti untuk kepuasan maksimum minda anda berehat.
4) Ketika sedang memandu
Gambar: www.pinterest.com
Berdepan dengan orang yang main telefon bila memandu sememangnya menguji kesabaran. Terutamanya kalau di lorong laju, tapi kereta depan
slow rupanya bila kita potong, orang dalam tu sedang bercakap di telefon atau mata sibuk pandang skrin telefon. Kereta anda sedang bergerak tapi fokus anda di telefon? Janganlah bahayakan nyawa sendiri dan juga orang lain. Nak
call, guna
hands free. Media sosial, Whatsapp, semua boleh tunggu kan? Pada yang bersalah selalu mengamalkan budaya main telefon ketika memandu, tolonglah tangan di stereng dan mata di atas jalan.
5) Ketika bangun pagi
Gambar: www.dailymail.co.uk
Ada ramai diantara kita yang menggunakan
alarm di telefon. Jadi setiap pagi lepas matikan
alarm, anda pasti akan
check Whatsapp, buka Twitter, Facebook, Instagram, email dan sebagainya. Setiap kali bangun pagi, minda kita kosong dan buat apa kita isikan dengan kisah-kisah orang lain?
Mood pagi adalah penting dalam menentukan tenaga seharian anda jadi jika boleh, jangan jadikan habit membuka sosial media perkara pertama dilakukan selepas buka mata setiap pagi. Cuba bangun pagi secara semulajadi dan tengok bagaimana
mood anda pagi itu.