Acara kebanggaan negara, Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) bakal membuat kemunculannya pada 26 hingga 30 Mac ini.

LIMA'19 buka tirai.

Akan diadakan di The Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), The Resorts World, Langkawi, pameran edisi ke-15 ini mengkhususkan sektor maritm dan aeroangkasa untuk pertahanan, sivil dan komersil.

Aset ketenteraan akan dipamerkan.

Menjanjikan persembahan yang hebat setiap kali penganjuranya, ini yang anda boleh jangka pada LIMA'19.

1. 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada LIMA'19 kali ini antaranya Itali, Indonesia, Republik Czech, India dan banyak lagi.

2. 12 negara telah mengesahkan penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Melibatkan sektor maritim dan aeroangkasa.

3. Malaysia bakal mempamerkan kehebatan pasukan aerobatik Krisakti yang menggunakan pesawat Extra 300L.

4. Pasukan aerobatik Jupiter One Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) mengesahkan bakal beraksi di LIMA'19.

Peluang jurugambar rakam detik bersejarah.

5. Antara aset-aset yang akan dipersembahkan adalah pesawat SU-30 MKM dan F/A-18D milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat Tejas milik Tentera Udara India dan penerbangan lintas pesawat pengebom B-52 Tentera Udara AS.

6. Keseluruhan tapak acara adalah sebesar 119,209 meter persegi. Turki menjadi pempamer terbesar apabila menempah pavilion mencecah 730 meter persegi, diikuti Russia sebesar 697 meter persegi.

Acara kebanggaan negara.

7. Kalau anda berangan nak tengok kapal mewah Equanimity yang terpalit dalam skandal 1MDB, anda akan kecewa kerana ia tidak akan dipamerkan sempena LIMA'19.

8. Dengan acara terbesar seperti ini, chalet korporat habis dijual sejak Oktober lalu. Namun, anda masih boleh mencari hotel-hotel penginapan sekitar Langkawi di Traveloka.

Walaupun LIMA'19 membuka pintunya bermula 26 Mac ini, namun hanya pada 29 Mac hingga 30 Mac sahaja ia akan dibuka kepada orang awam. Inilah masanya anda melihat aset-aset kebanggaan tanahair dan negara serata dunia.