Lifestyle
Mahu Jadi Pesaing Starbucks, Coca-Cola Beli Costa Coffee
Costa Coffee yang mempunyai 4,000 cawangan di 32 buah negara serata dunia kini berjaya menjadi milik Coca-Cola dengan harga USD5.1 billion (RM21 juta).
Costa Coffee berasal dari England dan mula beroperasi sejak 24 tahun yang lalu. Berkembang dengan jayanya ke serata pelusuk dunia, Coca-Cola jelas mahu mencabar jenama kopi terkemuka dunia, Starbucks serta pelbagai jenama kopi global dunia lain.
Menerusi perancangan awal, USD1.3 billion bakal dilaburkan dalam mengembangkan lagi cawangan Costa kepada 29,000 cawangan seluruh dunia terutamanya di benua Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.
Mempunyai penguasaan yang baik dalam bidang logistik, Coca-Cola juga akan membantu Costa dalam menawarkan lebih banyak produk dalam mencapai keuntungan maksimum.
Bagi Coca-Cola, mereka tahu kekurangan dalam menawarkan minuman panas kepada pengguna. Jadi dengan adanya Costa Coffee, ia memberikan akses kepada pasaran minuman panas.
Perbincangan kedua-dua belah pihak masih berlangsung dan ia dijangka akan selesai pada awal tahun 2019.
Must-Watch Video