Lifestyle

Makans: Murtabak Kraker

Nurul Izza
15/08/2016
08:17 MYT
Sponsor Banner
Makans: Murtabak Kraker
Sebut sahaja murtabak, ramai yang membayangkan cara penyediaannya yang rumit dan cukup kompleks. Hakikatnya, hanya mampu menyediakan hidangan murtabak buat ahli keluarga dalam tempoh beberapa minit sahaja! Bahannya juga cukup mudah disediakan.
Bahan-bahan: 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 450 gram daging kisar ¼ sudu besar serbuk kunyit 1½ sudu besar serbuk kari Secubit garam 2 ½ sudu besar minyak masak Daun bawang 6 keping biskut cream craker 2 biji telur Sedikit air
Cara membuatnya: Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan daging kisar. Biarkan seketika sehingga daging bertukar warna. Masukkan serbuk kunyit, serbuk kari dan secubit garam. Biarkan seketika sehingga air daging mengering.
Rendam biskut ke dalam air selama seminit setiap bahagian. Angkat dan susun di dalam bekas. Pukul sebiji telur dan tuang ke atas biskut. Masukkan daging kisar yang siap dimasak. Kemudian, taburkan daun bawang dan tutup murtabak dengan susunan biskut. Pukul dan tuang sebiji telur di atas murtabak.
Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius dan bakar selama 30 minit.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024