Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Marilah Mencipta Sejarah.” - Wanita Transgender Menang Miss Universe Sepanyol

Azwa Rahman
05/07/2018 08:43 MYT

Biarpun Sepanyol terkenal dengan kejelitaan wanitanya, negara itu mencatat sejarah tersendiri apabila memilih wanita transgender, Angela Ponce, 26 tahun sebagai pemenang Miss Universe Sepanyol.

   

Kemenangan Ponce, 26 tahun, berasal dari Seville di Miss Universe Sepanyol ini sekaligus meletakkan dirinya bertanding bersama 92 wanita cantik dari seluruh dunia untuk bergelar Miss Universe 2018 di Filipina nanti.

 

“Marilah mencipta sejarah,” tulis Ponce laman Twitter meraikan kemenangannya selepas dinobatkan wanita transgender pertama mewakili sebuah negara.

       

Terdahulu, Donald Trump selaku pemilik pertandingan ratu cantik itu melarang wanita transgender menyertai Miss Universe setelah memihak kepada Pakatan Menentang Penghinaan Gay & Lesbian.

 

Namun sejak tahun 2013, semua wanita transgender dibenarkan menyertai pertandingan Miss Universe.

   

Tulis Angela Ponce di Instagramnya,“Membawa nama dan budaya Sepanyol di seluruh dunia adalah impian terbesar saya. Matlamat saya adalah untuk menjadi jurucakap untuk menyampaikan mesej penyertaan, penghormatan dan kepelbagaian bukan sahaja untuk komuniti LGBT tetapi seluruh dunia.”

#Beauty #Beauty