Lifestyle

MBPJ Beri Ganjaran RM3 Untuk Seekor Tikus Yang Ditangkap

Azwa Rahman
04/12/2017
03:24 MYT
Sponsor Banner
MBPJ Beri Ganjaran RM3 Untuk Seekor Tikus Yang Ditangkap
Tangkap seekor tikus di kawasan Petaling Jaya, anda akan mendapat RM3 dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kempen yang berlangsung sehingga 7 Disember ini merupakan usaha MBPJ mengurangkan populasi haiwan perosak itu. Namun, ganjaran itu hanya untuk penduduk sekitar Petaling Jaya sahaja.
Ganjaran itu boleh dituntut daripada pegawai yang ditempatkan di gelanggang bola keranjang SS2 di Jalan SS2/61 dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi setiap hari.
Sehubungan dengan usaha itu, sebanyak 200 perangkap tikus telah diedarkan kepada pemilik kedai sekitar kawasan komersial SS2.
Menurut Datuk Bandar, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, kempen ini diharap dapat membantu penduduk dan pemilik kedai untuk memastikan premis mereka dalam keadaan bersih.
Walau bagaimanapun,segala usaha itu tidak akan berkesan jika orang ramai dan kawasan komersial termasuk premis makanan masih dalam keadaan kotor.
Tambahnya lagi, parit dan longkang yang dipenuhi sisa makanan juga dapat menarik kehadiran tikus.
Sepanjang tahun ini sahaja, MBPJ memaklumkan 1,587 ekor tikus telah ditangkap setakat ini. Selamat maju jaya diucapkan pada warga Petaling Jaya dalam memberihkan kawasan mereka.
Sumber: Mstar
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024