Kehangatan pertandingan ratu cantik terbesar, Miss Universe 2018 memuncak apabila ratu Filipina, Catriona Gray dinobatkan sebagai Miss Universe 2018.

Selain tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Venezuela dan Afrika Selatan, seorang lagi finalis yang berjaya mengharumkan nama Asia Tenggara adalah Miss Universe Laos yang berjaya memenangi kostum nasional terbaik!

On-anong Homsombath, Miss Universe Laos 2018

Terdahulu, kami pernah menyiarkan beberapa kostum nasional Miss Universe 2018 sebelum petandingan berlangsung, nampaknya kami terlepas kostum nasional dari negara Laos.

Apa yang menyebabkan kostum nasional Laos ini berjaya memenangi hati juri sehingga menjadi kostum terbaik 2018?

Kostum ini seberat 40kg!

1. Kostum nasional Laos digayakan oleh Miss Universe Laos 2018, On-anong Homsombath. Ia diinspirasikan oleh Kinnaly, makhluk mitos setengah manusia dan setengah burung yang terkenal di negara itu.

2. Kostum itu direka oleh pereka Saykeo dan dandanannya oleh Khamphee Arankarn. Konsep asalnya hampir mirip dengan 'tarian robot'.

3. Keseluruhan kostum ini menggunakan warna kuning emas dan beratnya hampir 40 KG!

4. Perbelanjaan keseluruhan bagi membina kostum ini menelan belanja sebanyak 30 juta Kip (RM15,000).

Mengalah 92 kostum lain.

5. Mengalahkan kostum 92 negara lain, kostum nasional terbaik tahun lepas dimenangi oleh negara Jepun.

6. On-anong Homsombath menerima latihan catwalk, keyakinan berjalan di khalayak ramai dan bercakap bahasa Inggeris sebelum dia dan pembantunya, Ponsinh Boutkaska berlepas ke Bangkok, Thailand bagi pertandingan ini.

7. Ini merupakan tahun kedua bagi negara Laos menyertai pertandingan Miss Universe dan telah memenangi kostum nasional terbaik cukup memberi makna bagi On-anong dan masyarakat Laos.