LIFESTYLE
Menang Pencarian Digital Star ERA, Asyraf Rozami Bakal Jadi The Next Jaa Suzuran
Videographer, Asyraf Rozami, 18 tahun bakal menjadi sebahagian dari keluarga ERAvengers dan membawa pulang RM5,000 apabila dinobatkan juara pencarian Digital Star ERA KDU.

Digital Star ERA KDU adalah pencarian bakat baharu industri hiburan untuk menjadi pengacara digital dan wajah ERA yang baharu yang sebelum ini dipegang oleh bintang digital ERA, Jaa Suzuran.
Bagi Asyraf sendiri, dia bersyukur apabila bergelar juara dan sekaligus dapat menjadi sebahagian keluarga ERA. "Saya bermula dengan membuat video Dubsmash dengan kawan-kawan. Tapi bila aplikasi tu dah tak berapa popular, saya sambung buat video. Dari satu video, ramai kawan-kawan sekolah suruh buat banyak lagi video." 

"Tak sangka ramai yang tengok video-video yang saya buat dan dari situlah saya cuba nasib untuk sertai pencarian Digital Star ERA KDU ni", katanya ketika ditemui selepas tamat pertandingan Digital Star ERA KDU.
Bagi pertandingan ini, antara cabaran yang perlu dilaksanakan oleh Asyraf adalah mencipta content bagi video parodi, video bersama Jaa Suzuran dan video bersama Lisa Surihani.
Anak kelima dari enam beradik ini teruja untuk menyertai keluarga ERA dan pastinya akan banyak menghasilkan video-video seperti mana yang dilakukan oleh Jaa Suzuran. "Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan pengikut di Instagram kerana sokongan yang tak belah-bagi. Walaupun video saya hambar macam mana pun, mereka sentiasa sokong",jelasnya lagi. 

Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, daripada 2,000 penyertai yang diperolehi, 12 peserta telah disenarai pendek dan pelapis bagi Jaa Suzuran telah ditemui. "Kami menyediakan platform untuk bakat-bakat baru ini terokai diri mereka. Anda akan melihat banyak video-video dari Asyraf di platform ERA kelak dan kami harap ia dapat memberi inspirasi kepada bakat-bakat baru di luar sana." 

Tiga peserta akhir perlu melalui pelbagai cabaran yang menguji daya kreativiti antaranya menghasilkan video-video yang viral.
Dua peserta lain yang turut berentap di final adalah Nur Ummi Suhaila Zulkefli dan Mohd Nazrin Md Alif yang membawa pulang hadiah saguhati.
Must-Watch Video