• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Alami Jangkitan Luka Di C-Section, Elisya Sandha Akui Tertekan Ketika Berpantang - “Sedih...Tak Boleh Duduk, Baring”
HIBURAN
Derita Emosi Lepas Cerai, Siti Jamumall Terpaksa Tipu Anak - “Dia Baru 6 Tahun, Kadang Pergi Sekolah Cikgu Tanya…”
VIRAL
Pemakaian Ketika Sertai Hyrox Dikecam, Isteri Dr Say Shazril Enggan Berbalah Isu Aurat - “Saya Tak Perlu Manusia Label Siapa…”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LIFESTYLE

Meremang Bulu Roma! Keadaan Sebenar Banglo 'Misteri Dilaila' Rupanya Lebih Menyeramkan!

Hanafis Haris
Hanafis Haris
27/02/2019
05:14 MYT
Sponsor Banner
Meremang Bulu Roma! Keadaan Sebenar Banglo 'Misteri Dilaila' Rupanya Lebih Menyeramkan!
Filem Misteri Dilaila telah pun ditayangkan pada minggu lepas dan rata-rata memberi reaksi positif baik dari segi jalan cerita, lakonan dan elemen misteri/seram ditampilkan.
Namun satu perkara yang wajar diberi pujian adalah tentang aspek rekaan set penggambaran di banglo terbabit. Tampak mewah namun masih mengekalkan elemen seram.
Walau bagaimanapun, tahukah anda sebenarnya keadaan asal banglo ini tidaklah seperti yang anda lihat di dalam filem? Ia sebaliknya lebih seram daripada digambarkan.
Terima kasih kepada Ustaz Ubaidullah yang sudi membawa kami. Rojak Daily berkesempatan pergi ke Bukit Fraser untuk menyaksikan sendiri banglo digelar sebagai Banglo Pekan ini. Kami mendapat bantuan daripada penduduk yang merupakan imam di Masjid Sultan Mahmud Bukit Fraser iaitu Ustaz Ubaidullah.
Anda boleh lihat gambar di dalam banglo ini.
Dari jauh pun dah seram. Besar sebenarnya banglo ni. Keadaan ruang tamu yang terbiar. Ruang kosong. Anda akan lihat tangga ini dalam filem Misteri Dilaila. Di bawah pula merupakan hasil banglo selepas diubah suai oleh pihak produksi. Ia telah dimuat naik oleh pengguna Twitter.
Berbeza sungguh bukan?
Bayangkan rumah ini diubah suai mengikut konsep english dan siap hanya dalam masa seminggu.
— Atika Azlin (@eekaazmi) February 23, 2019

Kisah Seram?

Menurut Ustaz Ubaidullah banglo ini pada awalnya dibuka kepada orang awam untuk menyewa bilik, namun disebabkan berlaku masalah pengurusan dalaman, maka ia dibiarkan kosong.
Jelasnya, banglo ini mungkin nampak seram, namun ia tidaklah hingga menggangu pemikiran penduduk setempat. Katanya, sesekali kedengaran juga kisah-kisah seram berkaitan banglo terbabit.
“Paling baru adalah ketika di set penggambaran Misteri Dilaila yang mana terdapat krew yang mengadu barang-barang mereka secara tiba-tiba dialihkan,"katanya.
Tidak cukup dengan itu, menurut ustaz ini lagi, terdapat satu bahagian iaitu di tangga hujung rumah ini dikatakan agak seram. Terdapat cerita yang mengatakan penduduk mendengar bunyi kanak-kanak bermain di bahagaian tangga terbabit.
Seram? Kalau anda yang mahukan lebih lagi kisah misteri dan seram, boleh lah menonton filem Misteri Dilaila yang telah pun ditayangkan di pawagam berhampiran. Anda boleh lihat bagaimana banglo ini digunakan sebagai set penggambaran utama.
Related Topics
#Paranormal
#paranormal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement