Sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, jenama tudung terkemuka Naelofar Hijab tidak terlepas untuk melancarkan koleksi tudung #naelofaraya2018 yang bertemakan #ShineOn.

Tema ini dipilih sendiri oleh Neelofa yang memberi makna bahawa setiap individu itu harus menghargai diri dan sentiasa bangkit dari kegagalan dalam meniti kehidupan. Jatuh bangun seseorang bergantung kepada usaha dan semangat jati diri yang luhur seterusnya membentuk seorang insan yang berkeyakinan tinggi.

Istimewanya lagi, ​edisi #naelofaraya2018 ini mula dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan diantara RM88 – RM93.

Koleksi #naelofaraya2018 masih lagi mengekalkan rekaan bentuk instant, semi-instant, tudung empat segi dan selendang seperti tahun-tahun sebelumnya, namun diatas permintaan, rekaan turban yang diperbaharui turut diketengahkan.

Koleksi Alina

Tampak mewah dengan warna pastel.

Koleksi Ameera
Sesuai dipadankan dengan busana tradisional mahupun moden.

Koleksi Be Lofa Turban Raya

Koleksi turban yang laris.

Koleksi Elsa

Turut hadir dalam koleksi empat segi.

Koleksi Layla

Nampak mewah dan eksklusif.

Koleksi Lola

Koleksi yang boleh menceriakan suasana.

Koleksi Turban Luxe

Pilihan berani pagi raya.

Koleksi Zara

Koleksi Zara yang menawan.

Sebanyak 8 koleksi #naelofaraya2018 dikeluarkan di mana sememangnya koleksi ini dinantikan oleh peminat setia Naelofar Hijab yang saban tahun menantikan variasi kelainan untuk rekaan terkini, kualiti fabrik dan kemasan rekaan bermutu tinggi. Setiap lapan koleksi tudung #naelofaraya2018 turut bertakhtakan batu kristal Swarovski dan pemilihan rona pastel dan ceria diadaptasi untuk setiap helaian ini.