Filem PASKAL dianggap sebagai filem ketenteraan terbaik pernah dihasilkan. Buktinya filem ini berjaya mengutip RM2 juta pada hari tayangan pembukaan minggu lalu.

Malah selepas empat hari tayangan, filem PASKAL kini mencecah RM7.5 juta! Anda boleh baca review penuh kami di sini, 10 Sebab Mengapa PASKAL Filem Terbaik Tahun Ini.



Namun, keterujaan penonton ini tidak terhenti di situ. Ada yang dilihat terbawa-bawa semangat PASKAL hingga ke luar wayang.

Habis ditirunya gaya latihan dan serangan taktikal PASKAL! Anda boleh saksikan antara parodi yang dibuat oleh netizen.

Bila lepas tengok cerita #paskal masing-masing rasa nak jadi team paskal, tengok yg part last?? (P/s aku seorang camera man yang professional) @ijatajimi_ @amirhkmi @aimnkhl @muhammadkamilmasjuni_ @hairulazreen @paskal_themovie @lawak_hambar @lawak.hangit @lawaktahapdewa #paskal #paskalthemovie #paskalparodi #lawakhambar

A post shared by IrfanSyahiranIsmail⚡️ (@irfanspeedy) on

"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH" #paskal #army #anakjatimalaysia #selamatharimalaysia #??????????

A post shared by IkhramRamli's (@ikhramramli) on

Jangan lupa tengok Paskal The Movie guys ? @hairulazreen #paskal . w/ @niedal.fadzil @__zik @yasyri.addin @_dansh . ?: @abdulthaqifff

A post shared by Nasrull Shahfik (@nasrullshahfik_) on


Pada anda yang belum menonton filem PASKAL, ia berkisarkan tentang kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Kedua-dua insiden ini diinspirasikan daripada kisah benar!

Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.