Berita baik untuk pencinta durian, McDonald’s Malaysia menganjurkan acara nikmati McFlurry Durian D24 tanpa had di semua cawangan untuk semua peminat durian pada hari ini.

Pelanggan boleh menikmati aiskrim tersebut selama dua jam dengan hanya membayar RM10 bagi dewasa dan kanak-kanak di bawah usia empat tahun boleh makan secara percuma.

Anda boleh datang pada dua sesi yang disediakan iaitu pada jam 3 hingga 4 petang dan 5 petang sehingga 6 petang hari ini. Pendaftaran bagi sesi pertama perlu dibuat pada jam 2.30 petang manakala pendaftaran bagi sesi kedua bermula jam 4.30 petang.

Bagaimanapun, hanya 20 orang pelanggan pertama sahaja dibenarkan untuk menyertai acara tersebut berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Pelanggan bertuah akan ditempatkan di satu sudut khas restoran bagi membolehkan mereka menikmati McFlurry Durian D24 tanpa had selama sejam bagi setiap sesi.

Sumber: Sinar Harian