Tahniah kami ucapkan kepada barisan atlet negara yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Atas pencapaian yang membanggakan, atlet akuatik negara, Nur Dhabitah Sabri dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW).

Bersama ibunya.

Dhabitah yang juga merupakan anak jati Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan yang membanggakan sepanjang penglibatannya dalam bidang sukan.

Antara pencapaian cemerlang Nur Dhabitah Sabri

1. Anugerah Sekolah Sukan Bukit Jalil - Atlet Sukan Wanita Terbaik

2. Sportswriters Association of Malaysia (SAM) (100plus Sports Awards) - Atlet Harapan Malaysia 2016

3. Sukan Komanwel 2014 - Gangsa

Bersama rakan seperjuangan, Leong Mun Yee.

4. Asian Diving Cup 2015 - Emas

5. FINA Diving Grand Prix - Emas

6. Sukan SEA 2015 - Emas

7. Sukan SEA 2017 - Satu emas dan dua perak

8. Penghormatan menyalakan obor rasmi Sukan Sea ke-29

Momen menbanggakan.

9. Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017

10. Sukan Komanwel 2018 - Dua gangsa

Tiga atlet lagi iaitu Jabriella Teo Samuel (atlet angkat berat), Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat (atlet angkat berat) dan Nur Ain Nabilah Tarmizi (atlet boling padang) dianugerahkan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Inspirasi buat semua.

Mereka berempat merupakan antara 200 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara.