Orang Penat Buat Filem, Kau Boleh Siar Di Facebook Live?
Siapa sahaja yang tidak kecewa apabila masa, tenaga dan jutaan wang yang dikerah untuk menghasilkan sesebuah filem dicuri begitu sahaja? Terbaru, filem seram Indonesia yang sedang berada di pawagam, Pengabdi Setan nampaknya telah menjadi mangsa pendek akal manusia.
Seorang remaja wanita telah ditangkap kerana dipercayai telah cuba menyiarkan filem Pengabdi Setan secara live melalui laman Facebooknya.
Tulis pelakon utamanya, Bront Palarae yang mendedahkan perkara tersebut di Twitter,
"Adik ini dah kena tangkap sebab cuba siarkan #PengabdiSetan secara live di FB. Kena tangkap tak berbaloi, hilang masa depan".
Menerusi temubual Bront bersama Sinar Harian, dia menjelaskan bahawa dia mendapat berita tersebut daripada rakannya yang bekerja di pawagam.
"Mereka sudah lepaskan wanita itu," jelasnya. Bront juga telah memadam tweet yang turut memaparkan gambar remaja wanita terbabit.
Terdahulu, Bront turut menegur seorang wanita yang hanya mahu menonton filem Pengabdi Setan di saluran YouTube.