Perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) bakal membuka tirainya pada 22 Ogos ini apabila pasukan Malaysia akan menentang pasukan Brunei di Taman Ekuestrian Putrajaya. Pertembungan ini bakal menyaksikan pasukan Malaysia yang terdiri dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menentang pasukan kerabat diraja dari Brunei. Kami yakin Taman Ekuestrian Putrajaya bakal dipenuhi dengan peminat sukan berkuda serta peminat kedua-dua ikon ini.

Pasukan Polo Malaysia:

Not so secret training on La Bamba. #KitaJuara #seagames2017 #bangkitbersama

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on


1. Khairy Jamaluddin
2. Shaik Reismann Mohamed Ismail
3. Muhammad Faizal Abu Bakar
4. Abdul Rashid Hasnan
5. Amran Selamat
6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman
7. Mohd Zulhelmi Nadzar

Pasukan Polo Brunei:

You're a beautiful hidden gem Sotogrande. Till next time ? let's go Brunei polo ???? #sukansea2017

A post shared by Mateen (@tmski) on


1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah
2. Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah
3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah
4. Pangiran Muda Abdul Qawi
5. Huzaimi Haji Mahari
6. Mohamad Huzaimi Husin


Pengurus pasukan Malaysia, Mohamad Zekri Ibrahim melahirkan rasa bangga kerana Khairy menyertai pasukan itu, tambahan pula menteri berkenaan adalah seorang pemain polo yang berpengalaman dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam permainan itu. Bagi pasukan Brunei pula, Pangiran Muda Abdul Mateen yang merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei cukup dikenali ramai sebagai seorang yang aktif bersukan manakala kekandanya, Azemah Ni'matul antara dua pemain polo wanita bagi acara ekuestrian polo KL2017. Selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan dan Malaysia boleh!

Sumber: Astro Awani