LIFESTYLE

Pelancong Malaysia Yang Terkandas Di Bali, Ini 4 Cara Untuk Anda Pulang Ke Malaysia.

Azwa Rahman 29/11/2017 | 02:41 MYT
Kami bersimpati pada pelancong-pelancong Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai susulan beberapa letusan Gunung Agung yang dijangka akan meletus lagi dalam jangka masa terdekat.

Pihak berkuasa Indonesia juga telah menaiktaraf status Volcanic Observatory Notice for Aviation ke tahap Merah dimana sekaligus menyebabkan kebanyakan syarikat penerbangan termasuk AirAsia dan MAS membatalkan penerbangan mereka masing-masing.

Bagi pelancong-pelancong Malaysia yang ingin segera pulang, ada beberapa cara lain untuk anda boleh pulang dengan selamatnya.

Perkhidmatan bas percuma disediakan dari Lapangan Terbang Ngurah Rai ke Terminal Bas Mengwi (1 jam perjalanan). Dari Terminal Bas Mengwi, beberapa perkhidmatan bas yang disediakan iaitu ke:

1) Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya (12 jam perjalanan)

2) Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto di Yogyakarta (18 jam perjalanan)

3) Lapangan Terbang Blimbingsari di Banyuwangi (6 jam perjalanan)

4) Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta (25 jam perjalanan).

Anda dinasihatkan untuk menyediakan wang yang secukupnya untuk membeli tiket bas dan tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Anda boleh menghubungi syarikat penerbangan berkaitan untuk mendapatkan jadual dan tiket penerbangan pulang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan bas-bas ini, sila hubungi Bali Tourism Board di talian seperti di atas atau Posko Pelayanan Gunung Agung di Lapangan Terbang Ngurah Rai di talian +62 361 9351011 ext.6300.

Rakyat Malaysia di Bali turut dinasihatkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan keluarga dan rakan terdekat bagi memberikan jaminan mengenai situasi dan keselamatan anda di Bali.

Untuk mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta dan Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Bali.

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JAKARTA, INDONESIA

Jl. H.R Rasuna Said
Kav. X/6, No. 1-3, Kuningan
12950 Jakarta Selatan

Tel. : +62 215224947 / +62 81380813036 (24 jam)
E-mel : mwjakarta@kln.gov.my
Website : http://www.kln.gov.my/web/idn_jakarta/home

KONSUL KEHORMAT MALAYSIA DI BALI

Puri Kumara Sakti, Jalan Bentuyung
Ubud, Gianyar, 90571, Bali

Tel. : +62 361973182/+62 81237154050
E-mel : balihcmalaysia@gmail.com

Sumber: Shariful Azmir

#Travel #travel