Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LIFESTYLE

Pelayaran Kapal Mewah Tema Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation Pasti Mengujakan

Azwa Rahman 03/07/2018 | 09:43 MYT
Anda kini boleh berlayar dengan kapal mewah bertemakan filem Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation. Kerjasama diantara Dream Cruises dan Sony Pictures Animation ini pasti memberi keterujaan buat semua peminat filem animasi.

Pelayan mewah ini akan membawa anda ke destinasi seperti Malaysia, Jepun, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Thailand.

Pengalaman pelayaran yang menarik.
Antara aktiviti menarik yang akan berlangsung adalah Monster-in-Training, pencarian harta karun Monster Treasure Hunt, Dracula Zipline, Blobby Milkshake, Bedtime Stories, maraton filem, pesta kostum Monster serta berinteraksi dengan watak-watak filem tersebut.

Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation merupakan filem yang mengisahkan percutian keluarga Monster di atas kapal pelayaran mewah.

Sesuai untuk seisi keluarga.
Percutian mereka bagaimanapun bertukar menjadi mimpi ngeri setelah Drac jatuh cinta dengan kapten kapal yang memegang rahsia misteri yang mengancam mereka.

Filem Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation akan berada di pawagam bermula 19 Julai 2018. Sebarang maklumat lanjut atau urusan tempahan, anda boleh semak di sini.

#Travel #travel