Jenama kopi kedua terbesar di dunia, Costa Coffee yang sentiasa mendapat tempat di hati penggemar kopi Eropah telah bertapak di Malaysia dengan pembukaan 200 mesin layan diri Costa Coffee di cawangan-cawangan Shell Select.

Dilancarkan secara rasminya.

Konsep kopi layan diri Costa Coffee ini diperkenalkan oleh syarikat reka bentuk Itali, Pininfarina yang terkenal dengan kereta model Ferrari klasiknya. Dengan lebih dari 200 kombinasi kopi, terdapat pelbagai cara untuk pelanggan mendapatkan minuman kegemaran mereka antaranya menambah susu segar, menambah sirap berperisa ataupun perisa karamel lebih untuk minuman anda. Buat pertama kalinya juga, penggemar kopi di Malaysia juga akan turut berpeluang untuk menikmati minuman sejuk secara eksklusif dari mesin layan diri Costa Coffee.

Kopi popular London kini di Malaysia.

Costa Coffee kini terkenal seiring peneraju-peneraju kopi terhebat dunia yang berpengalaman sejak ia ditubuhkan pada tahun 1971. Costa Coffee bersemangat dalam memperkenalkan kehebatan kopinya secara besar-besaran kepada pasaran global dengan pelancaran mesin layan diri Costa Coffee di Malaysia yang memperkuatkan komitmennya sebagai jenama yang memberi keterujaan serta keinginan pelanggan-pelanggannya untuk menikmati secawan kopi yang lazat.