Lifestyle

Pengalaman Ke Yogyakarta Buka Minda Gadis Ini Cari Inspirasi

Azwa Rahman
27/01/2017
03:40 MYT
Setiap daripada kita pasti pernah melalui fasa buntu, murung dan kecewa tapi bagaimana kita bangkit untuk berdepan dengan kehidupan menceritakan segalanya. Setiap orang juga ada cara masing-masing dalam mengubati rasa buntu seperti pergi ke sesi terapi, luangkan masa bersama keluarga, sibukkan diri dengan hobi kegemaran dan ada juga yang mencabar diri untuk travel secara solo.
Sebagai seorang copywriter dan juga penulis skrip, rasa tepu otak sudah menjadi kebiasaan buat gadis ini. Namun, setelah mendapat inspirasi dari sebuah filem Indonesia popular, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2), Shuhadatul Ain Zakaria atau lebih mesra disapa Ain telah memilih untuk ke Yogyakarta atau nama singkatnya Jogja secara solo bagi mencari inspirasi. Mengembara secara solo kadang-kadang lebih banyak mendatangkan kebaikan. Dari berbuat demikianlah, kita dapat tahu dimana tahap kekuatan, kemampuan dan sejauh mana kita terinspirasi dari sesebuah destinasi itu.
"Sebelum menonton filem AADC2 di pawagam, saya ada melihat beberapa teman telah ke Jogja dan meletakkan gambar-gambar perjalanannya yang cukup menakjubkan di laman sosial. Dari situlah saya mula tertarik untuk menjelajah kota tersebut. Namun lepas filem tersebut keluar di pawagam, mempamerkan sisi indah Jogja yang sebelum ini kita tak pernah lihat, cukup memberi kesan pada saya sehingga membuatkan saya ingin travel ke sana. Tekanan kerja juga lama-kelamaan seperti menelan diri saya sendiri. Stress dan deadline membuatkan saya mahu berehat dan recharge. Buntu memikirkan hal kerja yang tak pernah putus, saya terus membeli satu tiket penerbangan ke Jogja dengan harapan, kota ini boleh memberikan saya ketenangan dan inspirasi hidup yang dicari. Inilah kali pertama saya travel secara solo, luar dari Malaysia".
Jogja sememangnya menjadi pilihan mereka pencinta seni dan budaya. Dikatakan kota yang penuh kedamaian, Jogja terkenal dari soal kulinari, sejarah warisan, seni bina peninggalan Belanda dan seni tradisi. Budayanya cukup kental sehingga membolehkan anda mencari ilham dan inspirasi kehidupan. Tambah Ain, "orang-orang disana juga berseni. Walaupun tidak sesibuk Jakarta, Jogja tidak juga ketinggalan zaman. Orangnya hidup dalam prinsip budaya mereka sendiri. Memilih untuk menginap di hotel seperti di dalam AADC2 iaitu Greenhost Boutique Hotel di tengah kota pesat Jogja, setiap malam ada sahaja akvititi seni di jalan-jalan kawasan tersebut.
Bergelar seorang penulis bukan tugas yang mudah buat Ain. "Selain ingin menyembuhkan hati yang berduka, sebenarnya saya ke Jogja mencari inspirasi untuk menulis. Ini kerana aktiviti menulis saya agak perlahan pada pertengahan tahun 2016 dan ia membuatkan saya mencari jalan menaikkan semangat dalam masa yang sama mencari idea-idea baru. Alhamdullillah ada beberapa idea yang saya dapat. Betullah kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan", jelasnya. Nampaknya Jogja telah membuka matanya untuk bangkit dari kesesakan hati dan kepala.
Jatuh cinta pada lokasi-lokasi pengambaran filem AADC2, Ain turut menyusun jadualnya untuk pergi ke tempat-tempat lokasi tersebut. "Saya merancang sendiri aktiviti ke sana melalui beberapa kajian yang saya buat. Saya mengupah seorang pemandu dan orang itu bertanggungjawab membawa saya ke sana dan ke mari. Dari Punthuk Setumbu, Istana Ratu Boko, Pojok Beteng, Pantai Parangtritis sehinggalah ke kedai kopi dimana Cinta melafazkan ayat “Rangga… Apa yang kamu lakukan ke saya itu… Jahat”, Kedai Sellie's Coffee. Tapi, aktiviti yang dirancang juga tidaklah begitu padat kerana saya juga mencari masa untuk merehat dan menulis", ceritanya lagi. Lebih menarik lagi, berkat film AADC 2, kedai kopi ini menerima jumlah pelanggan lebih ramai dari biasanya.
Untuk anda yang ingin berlatih untuk travel secara solo dan pergi ke tempat-tempat yang dekat dahulu, Jogja adalah pilihan yang tepat. Selaku solo traveller ke Jogja, Ain akui selamat. "Tapi penting untuk korang rancang dahulu aktiviti yang ingin dilakukan. Jangan main redah je sebab antara satu tempat lawatan ke tempat yang lain, agak jauh dan memakan masa. Jadi wajar untuk anda kaji dimana tempat menginap, pengangkutan dan sebagainya", jelasnya lagi.
Menjadikan Punthuk Setumbu sebagai tempat paling digemarinya di Jogja, kota ini seharusnya dilawati oleh mereka yang cintakan seni dan budaya. Kotanya tidak terlalu sesak, sesuai buat anda yang inginkan ketenangan, merehatkan diri sekaligus mencari inspirasi kehidupan. "Cukup saya katakan, Jogja cukup luar biasa. Alam semulajadinya, keindahan budaya dan seninya, sejarah yang penuh tersurat, jika anda belum pernah datang ke sini, cepat-cepat datang dan alaminya sendiri", katanya di akhir perbualan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Advertorial

Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk

gempak
27/04/2024
13:39 MYT
Bestnya!
Advertorial

10 Tempat Menarik Untuk Bonding Bersama Anak, Nombor 9 Tu Paling Rare Guys!

gempak
29/02/2024
10:20 MYT
Anak-anak confirm love tempat-tempat ni.
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Datang Nak Tengok #GMWA2023 Tapi Tak Tahu Nak Tidur Mana? Ini 5 Tempat Penginapan Sekitar PICC

gempak
21/02/2024
14:01 MYT
Tak sabarnya nak tengok #GMWA2023!