Pengikut Hilang Secara Tiba-Tiba, Ini Penjelasan Instagram
Ramainya mengadu di Twitter apabila hilang pengikut di Instagram? Apa dah jadi?
Ada yang hilang beratus, beribu malah selebriti popular seperti Ariana Grande, Selena Gomez dan Kim Kardashian hilang sehingga berjuta pengikut.
Pihak Instagram nenerusi satu entrinya di Twitter mengaku tentang perkara itu.
Menurut Instagram, mereka peka dengan kehilangan pengikut yang dialami oleh pengguna dan mereka sedang berkerja keras untuk menyelesaikannya.
Ada pihak yang membuat andaian bahawa pihak Instagram memulakan pemadaman jutaan akaun yang mereka percaya akaun palsu atau tidak aktif namun mereka tidak memberikan tindak balas tentang isu ini.
Tidak hanya anda, akaun Instagram selebriti Malaysia turut terkesan apabila jumlah pengikut Datuk Siti Nurhaliza sebelum ini berjumlah 6 juta dan kini turun kepada 5.9 juta.
Instagram Neelofa turut berdepan masalah yang sama apabila pengikutnya kini berjumlah 5.9 juta daripada 6 juta sebelum ini