,
Lifestyle

Pengikut Instagram Cecah 1 Juta, Tun Mahathir Kongsi Reaksi Comel Isteri

Azwa Rahman
17/05/2018
06:09 MYT
Baru sahaja seminggu Tun Mahathir memegang tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, nampaknya populariti Tun Mahathir semakin mencanak terutamanya di laman Instagram.
Tun M yang juga pengerusi Pakatan Harapan menerusi akaun Instagram @chedetofficial hari ini meraikan akaun Instagramnya yang telah mencecah 1 juta pengikut!
Mula membuka akaun Instagramnya pada 15 Mac yang lalu dan berkongsi gambar pertamanya bersama Tun Dr. Siti Hasmah, hari ini menyaksikan Tun M turut berkongsi gambar reaksi comel isteri tercinta. Reaksi comel Tun Siti Hasmah.
Tulis Tun M pada gambar ke-17 yang dimuatnaiknya hari ini:
"Hari ini laman Instagram saya sudah mencecah 1 juta pengikut. Terima kasih. Sosial media adalah satu platform penting untuk mendapatkan maklumat yang betul dan mengeratkan hubungan. Gunakan sebaiknya. Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak dari saya dan isteri."
Gambar itu sahaja telah mendapat hampir 98,000 likes dan 2,300 komen dari pengikut Tun M di Instagram. Sehingga kini, Tun M sudah mengikuti tujuh akaun Instagram termasuklah akaun Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, @ctdk.
Related Topics
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Sukan

Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

gempak
22/08/2024
02:55 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia yang kini merupakan kapten pasukan Al Nassr di Arab Saudi, Christiano Ronaldo baru sehari melancarkan saluran YouTube.