Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Pengikut Instagram Cecah 1 Juta, Tun Mahathir Kongsi Reaksi Comel Isteri

Azwa Rahman
17/05/2018 06:09 MYT

Baru sahaja seminggu Tun Mahathir memegang tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, nampaknya populariti Tun Mahathir semakin mencanak terutamanya di laman Instagram.

 

Tun M yang juga pengerusi Pakatan Harapan menerusi akaun Instagram @chedetofficial hari ini meraikan akaun Instagramnya yang telah mencecah 1 juta pengikut!

 

Mula membuka akaun Instagramnya pada 15 Mac yang lalu dan berkongsi gambar pertamanya bersama Tun Dr. Siti Hasmah, hari ini menyaksikan Tun M turut berkongsi gambar reaksi comel isteri tercinta.

 

Tulis Tun M pada gambar ke-17 yang dimuatnaiknya hari ini:

 

"Hari ini laman Instagram saya sudah mencecah 1 juta pengikut. Terima kasih. Sosial media adalah satu platform penting untuk mendapatkan maklumat yang betul dan mengeratkan hubungan. Gunakan sebaiknya. Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak dari saya dan isteri."

 

Gambar itu sahaja telah mendapat hampir 98,000 likes dan 2,300 komen dari pengikut Tun M di Instagram. Sehingga kini, Tun M sudah mengikuti tujuh akaun Instagram termasuklah akaun Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, @ctdk.

#Instagram #Instagram