Beberapa bulan lalu, Vivo membuat kemunculan sebagai pengeluar pertama yang memperkenalkan fungsi pengimbas cap jari di bawah paparan skrin. Antara model yang terawal adalah X21 dan juga Nex.

Pengeluar pertama memperkenalkan teknologi ini ke pasaran.
Namun nampak gayanya Vivo tidak menunggu lama untuk mengeluarkan model baru yang turut dikuasakan dengan fungsi killer berkenaan.

Malah meninggalkan jauh pesaingnya menerusi model terbaru iaitu Vivo V11. Ia sekali gus menjadikan V11 sebagai model siri V pertama disertakan fungsi terbabit.

Lebih membanggakan Malaysia menjadi antara negara terawal mendapatkan peranti ini.

Secara umumnya, model V11 tampil dengan skrin bersaiz 6.41 inci dengan penggunaan paparan jenis AMOLED. Masih mengekalkan notch pada bahagian hadapan, ia disertakan dengan sensor kamera depan sebesar 25 Megapixel (MP).

Model terbaru!
Untuk kamera utama (belakang) V11 dilengkapi dengan dual sensor iaitu 12MP dan 5MP yang dikuasakan dengan fungsi kecerdasan buatan AI. Fungsi AI mampu membantu pengguna mengambil gambar dan momen yang sempurna.

Dari sudut dalaman pula ia dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 660, memori 6GB RAM, kapasiti storan 128GB dan bateri pula sebesar 3,400mAH. Cukup untuk melakukan tugas harian.

Harga? Vivo V11 dijual pada harga RM 1699 disamping menawarkan dua variasi warna iaitu Starry Night dan Nebula Vision.

Ada dua variasi guys!
Selain V11, Vivo turut menampilkan model V11i yang jauh lebih murah. Peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dengan storan sebesar 128GB. Kapasiti bateri pula sebesar 3315 mAh.

Kedudukan pengimbas cap jari bagi model ini terletak di belakang dan kamera masih sama seperti V11. Harga sudah tentu lebih murah iaitu hanya RM 1299.

Anda boleh dapatkan V11 yang telah berada di pasaran bermula hari ini (15 September) manakala V11i pada 21 September ini.

Dalam pada itu, pelancaran kedua-dua model ini berlangsung dengan amat meriah dengan penampilan bintang ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Janna Nick, Alvin Chong. Tidak ketinggalan dua bintang dari program realiti Big Stage, Sarah Suhairi dan Afieq Shazwan turut beraksi di pentas yang sama.

Persembahan daripada bintang ternama!

Duta bagi siri V11.
Sebagai 'hadiah' kepada penggunanya, Vivo turut memperkenalkan muka baru bagi duta produk mereka iaitu Lu han!