Lifestyle
Perjuangan KJ Bantu Anak Autisme Dipuji Netizen
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) di dalam satu gambar Instagramnya akan membantu sedaya upaya anak-anak yang mengidap autisme apabila salah seorang anaknya, Timor Abdullah atau nama panggilannya Puma, 9, turut mengidap autisme. Bagi KJ sendiri, anak-anak autisme ini istimewa dan mereka juga sangat unik.
Menerusi kenyataan di dalam Instagramnya, KJ menjelaskan, "Menteri Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dalam mencipta kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara yang memberi peluang bagi anak-anak autisme ini belajar meningkatkan potensi diri agar menjadi dewasa yang mampu berdikari." Tambah menteri itu lagi, anak-anak istimewa ini tidak sepatutnya disembunyikan malah mereka selayaknya menjalani kehidupan yang gembira dan produktif seperti anak-anak biasa.
A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on
Tindakan KJ yang terus berjuang untuk anak-anak istimewa ini turut mendapat pujian netizen apabila mereka menyokong hasrat murni beliau. Dalam satu temubual di dalam Sinar Harian juga, KJ ada memberitahu beliau belajar untuk memahami anaknya menerusi sebuah buku iaitu Uniquely Human. Menerusi intipati buku tersebut, beliau mengubah caranya mendekati anaknya tanpa cuba mengubah Puma menjadi seperti anak-anak normal yang lain. Tambah KJ lagi, buku itu mengubah hidupnya dan membuka matanya yang sebelum ini tidak dapat melihat di sebalik keistimewaan anaknya itu.
Tahniah KJ, semoga usaha murni ini berjaya dikecapi dan anak-anak istimewa ini mendapat peluang sama seperti anak-anak yang lain.,
Must-Watch Video