Hotel bercirikan santai dan kekeluargaan, Suria Resorts kini tampil dengan penjenamaan semula sebagai Erya by Suria. Bagi membantu mempromosikan lagi Erya by Suria dengan penjenamaan semula, jenama hotel tersebut telah melantik pelakon terkenal, Saharul Ridzwan sebagai duta.



Menurut Ketua Pegawai Operasi Erya by Suria, Nor Dalina Khalil, pemilihan Saharul dirasakan paling sesuai bagi menarik minat golongan berkeluarga berkunjung ke hotel tersebut. “Hotel kami ini merupakan tempat untuk keluarga bersantai, jadi kami perlukan seorang duta yang sudah bekerluarga”. Selain itu, kriteria lainnya yang membuatkan beliau memilih Saharul adalah kerana pelakon itu aktif di media sosial, berjiwa milenia serta mempunyai perwatakan dan paras rupa yang menyenangkan.



Sementara itu bagi Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 28, semua ini dilihat sebagai rezeki anak dan tawaran yang diberikan sangat menarik. “Jarang kita dengar ada selebriti menjadi duta hotel dan selaku duta baru mereka, saya akan bantu mempromosikan Erya by Suria agar lebih dikenali dan sekaligus merapatkan saya dengan peminat”, katanya lagi.



Sudah beroperasi selama 17 tahun, Erya by Suria kini mempunyai enam cawangan di Cherating, Janda Baik, Bentong (Pahang), Merang (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan London (United Kingdom). ERYA by Suria turut menawarkan enam jenis bilik penginapan yang berbeza iaitu ERYA LUXY, ERYA EXEC, ERYA FAMY, ERYA ENVI, ERYA SYLO dan ERYA CAMP yang boleh anda pilih mengikut jiwa anda.