Malam tadi menyaksikan perlawanan akhir pertama bagi Piala Suzuki AFF 2018, Malaysia mengikat Vietnam dengan 2-2.

Skuad Harimau Malaya sebelum itu ketinggalan 0-2 kepada skuad Naga Emas pada separuh masa pertama dan bangkit dengan dua gol seusai tamat permainan.

Perlawanan timbal balik akan diadakan pada hari Sabtu ini di Hanoi dan para 'ekor harimau' semua boleh mendapatkan tiket perlawanan bermula semalam dan hari ini.

Perlawanan final pertama malam tadi.

Sebanyak 3,000 keping tiket pada harga RM43 sekeping disediakan untuk penyokong Malaysia menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh.

Peminat tempatan yang mahu membeli tiket perlawanan di Hanoi perlu memilih jumlah tiket yang ingin dibeli dan membuat pembayaran penuh ke akaun Bank Islam - Football Association Of Malaysia dengan nombor akaun 12131010006121 serta menyimpan slip pembayaran.

Peminat yang sudah membeli tiket berkenaan perlu menghantar e-mel butiran peribadi iaitu nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon, jumlah tiket dan melampirkan bersama slip pembayaran ke e-mel [email protected].

Beliau memaklumkan FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.

Piala yang dinantikan.

Peminat boleh menebus tiket berkenaan di Hanoi pada Jumaat dan Sabtu (14-15 Disember) dan mereka akan dihubungi oleh wakil FAM di Vietnam bagi urusan penebusan tiket.

Penebusan tiket itu hanya untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM.

Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan itu selepas pukul 11.59 malam ini tidak akan diproses. Cepat rebut!