LIFESTYLE
Piza Dan Ayam KFC Bergabung? Ciptaan Terhebat Abad Ini!
Dilema sebenarnya bila teringin nak makan piza, tapi tiba-tiba nak ayam goreng pula. Tapi jangan risau, KFC tahu masalah mengidam anda sehinggalah mereka keluarkan menu terbaharu, KFC CHIZZA!

Baru sahaja mencetuskan fenomena dengan burger Double Down, KFC akan buat rakyat Malaysia berpusu-pusu terjah outlet KFC terdekat mereka untuk menikmati filet ayam Hot & Spicy bersama isi piza. Anda boleh menikmati KFC Chizza bermula esok, 21 November 2017.
Digelar sebagai 'Piza Sedap Hingga Menjilat Jari', KFC Chizza merupakan sebuah kombinasi sempurna di antara apa yang digemari ramai dengan menggabungkan ketulan nanas, bawang, herba serta keju mozarela ditabur di atas sos piza tomato yang diratakan di atas kerak piza paling sempurna, iaitu filet ayam KFC Hot & Spicy. Sebuah ciptaan ‘piza’ unik menjanjikan tiada lagi sisa kerak piza akan ditinggalkan.
Menurut Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, "KFC Chizza masih mengekalkan ciri utama hidangan kami iaitu ayam goreng tetapi disuntik dengan sedikit kelainan menjadikan ianya suatu produk yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan piza. Piza sedap hingga menjilat jari ini pasti menawan citarasa. Ianya merupakan gabungan apa yang terbaik dari dua hidangan popular."
KFC Chizza boleh didapati secara a la carte bermula hanya dari RM 7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang bermula dari RM11.90 dan didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Pelanggan juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat.
Must-Watch Video