LIFESTYLE
Plug-in: Gear VR Peranti 'Virtual Reality' Paling Berbaloi Setakat Ini!
Telefon pintar anda sebenarnya mampu melakukan lebih daripada apa yang anda jangka.
Bukan setakat membuat panggilan, melayan media sosial, menonton video atau bermain permainan video semata-mata, malah lebih daripada itu.Antara yang agak outstanding, ia mampu menjadi peranti Virtual Reality (VR).
Saya berpeluang untuk menggunakan Gear VR daripada Samsung ini dan ini antara ulasan yang anda boleh pertimbangkan jika mahu mencari peranti VR.
Biarpun sudah lama di pasaran, namun rasanya tidak ramai yang tahu mengenai kelebihan sebenar VR ini.
#1 PERANTI LENGKAP UNTUK GALAXY ANDA

Sebaik anda membeli peranti ini, terdapat tiga perkara perlu diambil perhatian. Pertama adalah VR itu sendiri. Kedua adalah jenis peranti yang anda gunakan.
Pilihan A sekiranya menggunakan telefon pintar bersaiz besar manakala B untuk yang lebih kecil. Perlu diingatkan juga, anda turut mempunyai pilihan untuk menukar jenis port sama ada Micro-USB ataupun jenis Type-C.
.jpg)
Pujian harus diberikan kepada Samsung kerana dengan adanya pilihan ini, model lama seperti Galaxy S6 turut boleh digunakan. Saya telah pun mengujinya pada peranti S6 Edge dan ia beroperasi dengan sempurna dan lancar.
Ketiga, anda juga akan menerima peranti kawalan atau controller. Penggunaannya mudah dan selesa digenggam. Ini antara kekuatan VR ini kerana dengan adanya controller ini, maka kawalan interface atau mod permainan (shooting) akan lebih tepat.
#2 KAWALAN MUDAH

Sebaik menyarung VR, apa yang anda perlu peka adalah pada bahagian atas. Anda perlu menyesuaikan tahap fokus mengikutkan mata dan tahap rabun anda. Pusing sehingga visual kelihatan focus dan sharp.
Bahagian kanan pula adalah sensor yang juga touch pad jika anda tidak mahu menggunakan controller. Adakalanya saya lebih selesa menggunakan touch pad ini untuk mengawal.
#3 HUB 'VR' MENYELURUH
.jpg)
Masuk saja ke dalam portal VR ini, anda akan dibawa kepada sebuah 'rumah' yang juga hub kepada kesemua aplikasi interakftif dan permainan menarik.
Paling gempak adalah Netflix! Siap ada sofa untuk anda landing sambil menonton filem. Tapi bukan sofa betul ye!
Lebih bagus jika telefon disambung pada Wi-Fi kerana sesetengah aplikasi memerlukan hanya sambungan terbabit untuk beroperasi. Namun, bagi saya, saya lebih suka muat turun sebelum penyambungan dilakukan kerana tidak perlu menunggu lama ketika memakai VR.
#5 GAME IMMERSIVE LEBIH GEMPAK
_1.jpg)
Mungkin kedengaran agak cliche, namun aplikasi pertama yang saya muat turun adalah Epic Roller Coaster. Nak tahu juga bagaimana feel menaiki roller coaster dengan VR ini.
Secara keseluruhannya agak bagus, walaupun ia bukanlah realiti, namun ia mampu memberi efek seakan roller coaster sebenar.
Dalam banyak-banyak permainan yang saya cuba, paling cool adalah Gunjack. Permainan berbentuk perang ini memang sesuai menggunakan controller. Lebih mudah untuk mensasarkan tembakan pada pihak lawan.
Pengalamannya sangat berbeza jika bermain pada telefon pintar semata-mata. Dalam permainan Gunjack ini, anda akan dibawa masuk kepada dalam spaceship terlebih dahulu sebelum berdepan dengan musuh. Bagi saya ia agak cool dan satu pengalaman yang berbeza.
Selain game yang menyeronokkan anda juga boleh juga genre seram. Anda boleh cuba dengan aplikasi Sister terlebih dahulu. Kalau rasa boleh tepis kemunculan entiti terbabit, maka bolehlah cuba dengan aplikasi seram yang lain.
.jpg)
Nak lebih menarik, cuba uji keberanian ahli keluarga atau rakan sekerja anda yang lain dan lihatlah reaksi mereka. Boleh berdekah dibuatnya!
Secara jujurnya perkara yang agak membimbangkan adalah bagaimana telefon pintar ini mengelak daripada menjadi panas. Namun selepas berulang kali VR ini berpindah-randah (saya kongsikan bersama ahli keluarga dan rakan sekerja lain), suhu telefon masih berada di tahap baik dan tidak terlalu panas.
Peranti VR bukanlah baru, namun ia seperti agak underated sejak kebelakangan ini. Namun dengan harga yang tidak terlalu mahal, Gear VR ini harus menjadi peranti wajib terutamanya buat pengguna Galaxy.
Seperti saya jelaskan pada awal tadi, telefon pintar masa kini sebenarnya mampu melakukan lebih daripada yang anda sangka.
.jpg)
Dengan VR ini, ia membawa tahap keupayaan telefon anda ke tahap dan dunia yang lain. Untuk makluman, Gear VR hanya mampu beroperasi menggunakan peranti Galaxy S9, S9+, Note8, S8, S8+, S7, S7 edge, Note5, S6 edge+, S6, S6 edge, A8, A8+.
Harga jualan anda boleh semak di Facebook Samsung.