Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LIFESTYLE

Plug-in: Meriahnya Raya Kalau Ada 9 Gajet Ini

Hanafis Haris 12/06/2018 | 08:06 MYT
Selain kuih raya, baju raya atau butang baju raya yang telah kami fokuskan dalam artikel sebelum ini, ada satu lagi perkara lagi perlu diutamakan. Gajet raya!
Apalah gunanya kalau menyambut hari raya di zaman milenia ini jika tidak menggunakan sepenuh gajet yang dijual di pasaran bukan?
Sama ada belum atau sudah dibeli, kami senaraikan antara gajet yang dirasakan dapat membantu memeriahkan pagi raya anda.
1. XIAOMI XIAOYI YI SPORT ACTION CAMERA
Jangan pandang rendah kualiti kamera ini.
Tidak perlu berhabis duit membeli action cam mahal seperti Go Pro. Yi Cam berharga kurang dari RM 300 ini sudah cukup mengambil gambar dalam apa jua keadaan.
Kamera ini mampu merakam gambar dan juga video berdefinisi tinggi. Malah kualiti pada waktu malamnya juga bagus. Mampu menyokong kad memori mikro SD hingga 64GB, sudah cukup rasanya untuk memenuhi gambar raya anda.
Harga: RM259, Anda boleh dapatkan di Shopee.
Alternatif: SJ7000 Action Camera 2 (RM120)
2. ZHIYUN SMOOTH Q 3-AXIS HANDHELD GIMBAL STABILIZER
YouTube
Sebut saja mengenai penstabilan telefon pintar, pasti sudah terbayang Osmo Mobile. Tetapi harganya agak mahal.
Biarpun generasi kedua, Osmo Mobile 2 telah dilancarkan, namun ia masih mahal bagi sesetengah pengguna (macam penulis). Jadi kalau nak jimat, maka pilihan terbaik adalah Zhiyun Smooth Q.
Penstabilannya bagus untuk hasilkan footage yang lancar tanpa ada gegaran. Sesuai jika anda mahu merekod segala persiapan, mahupun kemeriahan raya.
Harga: RM 469, Anda boleh dapat di Shopee.
Alternatif: Feiyu FY-G3 Ultra 3-Axis (RM399)
3. YI SMART DASH CAMERA
Satu lagi produk Xiaomi.
Peranti paling penting jika balik kampung! Jika pentingkan keselamatan, mungkin sudah boleh siap sedia mencari peranti ini.
Yi Smart Dash Camera menghasilkan rakaman 1080p dengan sudut 165 darjah. Mempunyai slot memori kad tetapi model ini tidak terbina GPS.
Jika berlaku apa-apa ketika balik kampung, maka kamera ini mungkin mampu menyelamatkan anda dengan bukti rakamannya.
Harga: RM339, Anda boleh dapatkan di Lazada.
Alternatif: Anda boleh lihat senarai penuh di link ini, Lima 'Dash Cam' Terbaik Untuk Kereta Anda!
4. HP GK1100
Game Hub
Bagi gamers, mungkin raya pertama and kedua saja sibuk melayan tetamu. Raya ketiga atau keempat rasanya sudah melekat depan pc melayan game.
Jika anda yang bukan 'hardcore gamers' yang memerlukan papan kekunci dan tetikus mahal, maka bolehlah cuba produk berkualiti daripada HP ini.
Jangan pandang rendah dengan harganya yang murah kerana peranti ini boleh dikatakan yang terbaik dengan harga bawah RM100. Bukan jenis mekanikal tetapi masih memberikan kepuasan.
Harga: RM89, Anda boleh dapatkannya di Shopee.
Alternatif: HP GK1000
5. ASUS ZENFONE MAX PRO M1
igadgetsworld
Jika anda perlukan telefon pintar baru tetapi tidak mahu harga yang terlampau mahal, maka Asus Zenfone Max Pro M1 pilihan terbaik.
Kami sudah pun cuba peranti ini, dan ia sangat mengagumkan. Kekuatan utamanya adalah bateri sehingga 5,000 mAh, oleh itu ia sesuai untuk 'power user' yang memerlukan ketahahan bateri.
Bayangkan anda boleh menonton Nextflix selama 20 jam! Pendek kata, ia mampu bertahan selama dua hari. Kalau raya nanti, memang tolak tepi powerbank.
Telefon ini juga memfokuskan kepada 'gaming' kelas pertengahan, jadi sesuailah untuk anda bermain permainan bersama sanak saudara di hari raya!
Peranti ini dilengkapi 6 inci dengan HD+ penuh, Snapdragon 636 , pilihan 3GB, 4GB dan 6GB RAM. Kamera utama pula bersaiz 16MP dengan keupayaan fungsi bokeh.
Harga: RM 699 (Terdapat juga flash sales pada Jun ini setiap Selasa yang dijual pada harga RM599) Anda boleh dapatkan di Lazada.
Alternatif: Neffos C7 (RM 469)
6. SAMSUNG GEAR VR 2017
Harganya tidak sampai RM500.
Penulis pernah mencuba Gear VR (Virtual Reality) edisi 2016 dan ianya amat menyeronokkan terutamanya apabila bermain bersama rakan dan ahli keluarga.
Berbanding Gear VR edisi lama yang hanya menggunakan sensor sentuhan pada tepi peranti, Gear VR 2017 pula disertakan controller tambahan. Kemudahan ini membolehkan mengawal permaianan anda sebagaimana gamepad.
Sebut mengenai permainan pula, Gear VR mempunyai ratusan game dan aplikasi untuk anda cuba.
Anda boleh lihat pilihan game dan aplikasi di Oculus. Anda patut cuba Gunjack dan jika mahu lebih menarik, cuba pilih game yang lebih seram. Lihat reaksi rakan, ibu bapa, makcik dan pakcik anda, confirm meriah raya!
Peranti ini hanya boleh digunakan pada model Samsung Galaxy S9, S9+, Note8, S8, S8+, S7, S7 edge, Note5, S6 edge+, S6, S6 edge.
Harga: RM469, Anda boleh dapatkan di Lazada.
7. POWERBANK ZEROLEMON
Lengkap dengan lampu flash!
Nama pun raya, mesti sibuk ke sana sini menziarahi saudara mara. Tak sempat rasanya kalau nak mengecas telefon setiap kali kehabisan bateri.
Jalan penyelesaian paling mudah adalah membawa powerbank. Jika mahukan powerbank yang tahan lama, kami sarankan anda memilih Solarjuice dari Zerolemon ini yang mempunyai kapasitinya menjangkau 26,800mAh.
Jika anda mempunyai iPhone 8 (2691 mAh), maka anda bolehlah cas sebanyak 9 kali!
Selain menyokong pengecasan pantas 3.0, ia juga mampu dicaj dengan menggunakan panel solar. Malah 3 ruang output disediakan membolehkan pengecasan serentak sehingga 3 peranti.
Paling berguna, ia juga berfungsi sebagai lampu flash ketika ketiadaan elektrik serta lampu kecemasan (SOS) sekiranya anda terkandas ketika mengembara.
Harga: RM309- RM 409 (bergantung pada promosi) Anda boleh dapatkan di Zerolemon.
Alternatif: Powerbank Xiaomi 10,000 mAh (RM79-179)
8. SELFIE RING LIGHT
Pastikan gambar swafoto raya anda nampak onzz okay!
Buat gadis di luar sana, ini mungkin aksesori terbaik dan wajib ada waktu raya. Dengan cahaya yang terang, maka hasil gambar swafoto anda pastilah mulus!
Harga pun murah dan mudah dipasang pada telefon pintar. Jangan pula guna ketika tengah panas terik, habis dikritik 'makcik bawang' nanti.
Harga: RM10, Anda boleh dapatkan di Shopee.
9. MONOPOD + TRIPOD
Mudahlah untuk ambil gambar satu keluarga.
Jika memilih jenis ini, anda akan dapat fungsi 2 dalam 1. Bukan hanya boleh digunakan sebagai monopod untuk kepuasan swafoto, malah boleh juga menjadi tripod.
Penggunaan Tripod pada hari raya amatlah memudahkan kerana masa inilah ia berguna untuk mengambil gambar beramai-ramai. Pacakkan saja tripod dan set timer pada peranti.
Masa inilah nak tunjuk hebat!
Harga: RM30 Anda boleh dapatkan di Shopee.
#Aidilfitri #Aidilfitri